Berita Gerakan

Gerakan sasar 500,000 sokong petisyen henti krisis politik, fokus Covid-19

Okt 21, 2020

KUALA LUMPUR – Bosan dengan kemelut politik diselangi agenda rampasan kuasa  ketika dnegara berhadapan wabak Covid-19, parti Gerakan tampil melancarkan petisyen baru-baru ini.

Petisyen itu bertujuan menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memberi keutamaan memerangi penularan wabak Covid-19 berbanding isu-isu lain seperti agenda pertukaran kerajaan dan Perdana Menteri dan menyokong calon lain untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong, pihaknya terpanggil untuk melancarkan petisyen itu bagi menyampaikan isi hati rakyat yang hanya kisah dengan penularan Covid-19.

“Yang menjadi kerisauan rakyat pada masa ini adalah Covid-19 dan kesan daripada pandemik yang sudah mula dirasai oleh jutaan rakyat di negara ini, kegawatan ekonomi serta pemasalahan sosial berikutan penyakit ini.

“Itu yang menjadi kerisauan serta fokus, seharusnya itu juga patut menjadi tanggungjawab utama wakil rakyat yang juga mendapat mandat untuk berkhidmat.

“Sebaliknya apa yang berlaku ketika ini sungguh mengecewakan untuk melihat segelintir ahli politik berebut kuasa, kerusi lebih daripada apa yang menjadi keperluan dan kehendak rakyat.

“Keadaan politik pada masa ini kucar-kacir, tidak tentu arah sehingga kini ianya sudah ada cakap-cakap ke tahap pembubaran Parlimen pula. Walhal pada masa sama kita sedang bertempur dengan Covid-19.

“Kami lancar petisyen ini kerana hendak semua pihak fokus kepada titah nasihat YDPA Jumaat lepas, jika ianya tidak juga dituruti, hanya Raja kita mampu menyelamatkan negara ini daripada terus terjerumus dengan lebih teruk lagi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Petisyen ‘Menjunjung Titah Tuanku, Henti Krisis Politik, Satu Hati Lawan Covid-19!’ telah ditandatangani lebih 700 orang dan ia akan di buka sehingga pembentangan Belanjawan 2021.

Antara yang tertulis dalam petisyen inisiatif Gerakan ialah:

1. Hentikan sebarang perebutan kuasa yang memporak-perandakan Kerajaan Tuanku (His Majesty’s government).

2. Mohon Kerajaan Tuanku fokus dalam memerangi pandemik Covid-19.

3. Mohon Kerajaan Tuanku menjaga kebajikan rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

4. Rakyat Malaysia bersatu bersama kepimpinan Seri Paduka Baginda Tuanku.

Kata Kah Keong, pihaknya menyasarkan sekarang-kurangnya 500,000 menandatangi petisyen itu sebelum ia diserahkan kepada YDPA dan Speaker Dewan Rakyat.

“Kita mahu memberitahu kepada semua wakil rakyat inilah suara rakyat Malaysia yang sebenarnya sudah bosan dengan permainan politik, sebaliknya hanya isu yang menghantui pandemik Covid-19 selesai. Itu sahaja yang penting,” katanya.

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi