Siaran Akhbar

GERAKAN Seru MP Guna Dana Peruntukkan Untuk Bantu Rakyat Di Kawasan Masing-Masing

Jul 17, 2021

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai telah mengarahkan 148 bahagian Parti GERAKAN terus membantu rakyat melalui program-program yang telah dilancarkan di kawasan masing-masing.

Dominic Lau juga telah mengarahkan pemimpin-pemimpin parti memantau Ahli Parlimen (MP) dikawasan masing-masing sama ada
menggunakan peruntukkan dana yang diberi oleh kerajaan untuk bantu rakyat ataupun sebaliknya.

“Biarpun kami tidak dapat dana (MP) tetapi tetap bersemangat untuk bantu rakyat dan GERAKAN dapat kumpul banyak sumbangan melalui program-program sebelum ini.

“Jadi saya menyeru kepada MP, bila dapat dana bantulah rakyat sebaik mungkin. Guna dana tersebut dengan sebaik mungkin dan bertanggungjawab atas amanah yang diberikan oleh kerajaan iaitu bantu rakyat,” katanya ketika sidang media secara maya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini.

Dalam pada itu, Dominic mengucapkan tahniah atas kejayaan kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Bagi saya ia berjaya kerana sasaran 300 ribu dos untuk bulan julai dicapai.

“Malah seperti yang sedia maklum, jumlah dos vaksin yang akan diterima sepanjang Julai adalah melebihi 14 juta dos,” ujarnya.

Selain itu, terdapat lebih 400 dewan dan 1000 klinik swasta telah digunakan sebagai PPV, atau keseluruhannya lebih dari 1,600 PPV di seluruh Malaysia.

Malah, semua penduduk Lembah Klang juga dijangka mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 pada awal bulan Ogos dan menyelesaikan dua dos vaksin vaksin mereka pada akhir bulan ini.

Biarpun peningkatan kes COVID-19 berlaku sejak akhir-akhir ini namun kita semua tidak boleh menafikan pelbagai usaha dan kejayaan kerajaan dalam menangi COVID-19

Sementera itu juga, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah membuat sasaran bahawa bilangan jangkitan harian COVID-19 akan turun ke bawah angka 1,000 kes menjelang Oktober ini sekiranya jadual untuk harian dos kedua mencapai 150,000 dos

“Paling penting adalah, jangan politikkan isu vaksinasi kerana ia sebenarnya mengganggu Dr Noor Hisham dan Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan kerja dan tanggungjawab mereka,” tegasnya.

Presiden Nasional Parti GERAKAN
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai