Berita Gerakan

Gerakan sindir PH banyak buat ‘roundabout’ dan pusingan U

Nov 2, 2020

Kuala Lumpur – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyindir DAP atas pencapaian mewujudkan ‘roundabout’ sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau melalui laman Twitter semalam berkata selain membina ‘roundabout’, PH yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad turut terkenal kerana sering melakukan pusingan ‘U’.

“Dalam hanya 22 bulan, PH telah berjaya buat banyak roundabout dan U-turn. Tahniah!”, sindirnya.

Terdahulu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menyifatkan pembinaan beberapa ‘roundabout’ di negara itu adalah merupakan sebahagian daripada pencapaian terbaik kerajaan PH ketika menerajui negara.

“Walaupun Pakatan Harapan hanya berkuasa dalam tempoh singkat selama 22, tetapi banyak reformasi institusi & inisiatif pembangunan meninggalkan kesan besar kepada negara kita.

“Lihat! IPOH (pembinaan) ‘roundabout’ hanyalah sebahagian pencapaian & peninggalan yang ditinggalkan oleh PH untuk rakyat Perak. #PHForAll,” memetik kenyataannya di laman media sosial.

Kenyataan Kor Ming itu kemudiannya menerima kecaman para netizen, yang menyifatkan kenyataan bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu sebagai lucu.

“Saya tahu anda ingin mengambil penghargaan atas pembinaan ‘roundabout’ ini, tetapi ini bukan yang ingin kita dengar/baca atau lihat. Mohon lebih sensitif terhadap nasib rakyat, kami ingin mendengar tentang sesuatu yang akan memberi kebaikan seperti bantuan kewangan dan pekerjaan. Tidak ada beza antara anda dengan AM (Annuar Musa),” kata @shan_6183

“Suatu pencapaian yang luar biasa! Orang Perak sememangnya sangat bangga dengan pencapaian hebat seperti ini! Inilah yang kami perlukan ketika memberikan kuasa pentadbiran kepada kerajaan PH. Kami inginkan mengubah ‘roundabout,” sindir @IskandarJunid pula.

“Dari satu segi, ‘roundabout’ ini adalah merupakan satu simbolik terhadap pemerintah PH selama 22 bulan yang sering membuat pusingan U,” bidas @msarputra pula.

Untuk rekod bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk terus memenuhi Manifesto PH yang menjadi panduan kepada empat parti dalam pakatan mentadbir negara.

Antaranya penghapusan tol, menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), menutup kilang Lynas di Kuantan, Pahang, harga minyak, nasib peneroka FELDA, sejuta peluang pekerjaan, gaji minima dan banyak lagi.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi