Siaran Akhbar

GERAKAN sokong pindaan RUU Akta Anti Lompat Parti Dipercepatkan

Apr 8, 2022

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menyokong sepenuhnya pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti yang akan dibentang di Dewan Rakyat nanti.

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, GERAKAN sokong RUU ini kerana dapat mengelakkan amalan rasuah dalam kalangan wakil rakyat.

RUU ini harus dibentangkan segera dan ini boleh menjaga kesucian Parlimen.

Ini penting untuk mengelakkan Ahli Parlimen yang dipilih rakyat terjebak dengan budaya rasuah dan salah guna kuasa,” katanya pada sidang media di Menara PGRM, Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Tambah beliau, RUU ini juga mampu mengawal kelakuan ahli politik dan sekaligus bertindak memelihara kedaulatan negara.

Mengulas berkenaan istilah kedua, Dominic Lau berkata jika dia tidak bersetuju dengan prinsip politik yang baru ini, apa yang dia boleh buat selain tinggal parti? Mana mungkin dia bersendirian nak mengubah parti kalau tidak ada kuasa.

Yang ketiga, katogeri bebas yang diistilahkan sebagai lompat parti, jika sebuah parti bebas selepas Pilihan Raya masuk parti atau gabungan lain.

Jadi macam mana dikira lompat parti?Sedangkan memang asalnya Ahli Parlimen itu adalah bebas. Saya akan ambil Parlimen Batu pada 2018 sebagai contoh.

Ahli Parlimen Batu sekarang adalah seorang bebas pada masa itu. Saya masih ingat bahawa simbolnya adalah kunci. Selepas menang, dia menyertai PKR. Adakah ini dikira lompat parti?

Sehubungan dengan itu, GERAKAN meminta untuk meminda akta ini dengan cara menyeluruh sekuranya-kurannya dapat menyelesaikan masalah arena politik di negara kita.

YB SENATOR
DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi