Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Gerakan sumbang 50 liter cecair pembasmi kuman kepada SHG Telok Mas

Mac 5, 2021

PETALING JAYA: Parti Gerakan menyumbang 50 liter cecair pembasmi kuman kepada guru dan penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, Melaka.

Setiausaha Agungnya, Mak Kah Keong berkata, remaja di situ adalah pesalah-pesalah juvana dan sebahagian besar mereka dalam kalangan keluarga miskin.

“Mereka wajar mendapat perhatian dan keprihatinan serta berhak meneruskan pembelajaran dalam persekitaran yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kah Keong berkata, cecair pembasmi kuman kini menjadi keperluan asas dalam usaha mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, Gerakan berharap sumbangan tersebut dapat memberi sedikit sebanyak perlindungan kepada penghuni di sekolah itu.

Menurutnya, sumbangan cecair pembasmi kuman itu adalah kerjasama Gerakan dan syarikat pengeluar cecair pembasmi kuman, AST Group Sdn Bhd.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada AST Group atas sumbangan cecair pembasmi kuman dalam usaha bersama negara mengekang penularan wabak Covid-19, tambah Kah Keong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi