Berita Gerakan

Gerakan syor henti penerbitan buku didakwa hina Jata Negara

Jul 1, 2020

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mencadangkan agar penerbitan buku yang didakwa menghina Jata Negara, dihentikan pengeluarannya atau ditukar kulit yang baharu, demi menghormati kesucian lambang rasmi kedaulatan negara.

Presiden GERAKAN Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara tersebut perlu dilakukan kerana selain daripada mengelakkan berlakunya lebih banyak tafsiran, penerbitan buku itu mampu mengundang kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan penerbit tersebut telah tampil dengan permohonan maaf kepada semua, selain percaya penerbit tersebut tidak berniat mencemarkan Jata Negara, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Sebaliknya, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan laporan polis yang diterima sejak kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selain itu, Lau turut mencadangkan agar penerbit bukut tersebut untuk menukar kulit buku itu, jika mahu karyanya terus dibaca dan dijual kepada orang ramai selain menasihatkan semua penerbit buku tidak menggunakan karya berkaitan perkara sensitif sebagai bacaan untuk rakyat.

Sebuah buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka depan menjadi tular di media sosial, semalam.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi