Berita Gerakan

Gerakan tak risau jika kalah semua kerusi dalam PRU-15

Feb 15, 2021

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tidak bimbang jika tidak memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Ra­ya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Datuk Dr. Do­minic Lau Hoe Chai berkata, penyertaan parti itu di dalam Perikatan Nasional (PN) bukan atas kapasiti sebagai parti bergerak secara bebas sebaliknya bersama-sama memastikan kemena­ngan gabungan berkenaan da­lam pilihan raya.

Bagaimanapun, katanya, Ge­rakan tetap bersedia pada bila-bila masa jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membubarkan Parlimen bagi pilihan raya umum.

“Memang kita ada calon. Te­tapi soal siapa calon dan kerusi mana yang akan dipertandingkan itu belum masa yang sesuai untuk dibincangkan sebab prio­riti Gerakan adalah melawan wabak Covid-19.

“Gerakan langsung tidak khua­tir mengenai perebutan ke­rusi asalkan PN menang malah akan memastikan jentera parti dari segi cawangan, bahagian di setiap negeri sentiasa bersedia.

“Pada masa ini, Gerakan membantu menerangkan agenda PN kepada rakyat selain terus menguatkan struktur parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian Gerakan dalam berdepan PRU-15 akan datang jika ada ruang untuk parti itu menjadi wakil rakyat semula di kawasan yang akan dipertandingkan. – UTUSAN

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

国盟基层争上阵白热化 民政在新古毛有优先权

(吉隆坡16日讯)国盟雪州主席拿督斯里阿兹敏阿里宣布,国盟成立12小组招揽各族青年参与竞选,新古毛补选正式迈入备战阶段。不过,随著土团党乌雪区部代主席凯鲁阿扎里发表新古毛州选区民众需要马来候选人,宣告国盟三党基层争取上阵补选的竞争白热化。

baca lagi
政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi