Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Gerakan terima 400 ahli baharu dari Negeri Sembilan

Feb 22, 2021

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menerima sebanyak 400 kemasukan ahli baharu dari Negeri Sembilan.

Naib Presidennya, Datuk G. Parameswaran berkata, kemasukan ahli baharu itu terdiri daripada pelbagai etnik.

Menurut beliau, mereka menyertai Gerakan berdasarkan ideologi parti yang mengutamakan kepentingan rakyat sebagai asas perjuangan serta mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

“Kami turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi bekerjasama dengan Parti Gerakan untuk bersama-sama membawa satu naratif politik yang lebih berdaya maju dan yang lebih penting, berpaksikan rakyat,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Dalam pada itu, Parameswaran berkata, Gerakan mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian vaksin Covid-19 kepada petugas media pada fasa pertama.

Ini kerana, kata beliau, petugas media merupakan salah satu anggota barisan hadapan dan mereka terpaksa turun padang untuk menyediakan laporan yang sebaik-baiknya.

“Dengan ketibaan vaksin itu Malaysia akan dapat memulakan Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan iaitu program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan pada 26 Februari ini.

“Semoga pandemik ini akan berakhir dan kehidupan norma semua rakyat dapat dikembalikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

内裤反着穿也是新

内裤反着穿也是新

一次的选举,三任的首相。 这不仅在我国是史无前例,相信翻看了世界历史,也可说是几乎无迹可寻.

baca lagi