Berita Gerakan

GERAKAN terima senarai calon PRU-15 minggu depan

Mei 8, 2022

BUKIT MERTAJAM: GERAKAN dijangka menerima senarai calon berserta kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) daripada semua negeri minggu hadapan.

Pengerusi negeri diarah menyenaraikan nama calon serta kawasan untuk dikemukakan pada mesyuarat Perikatan Nasional (PN).

Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau, berkata setakat ini hanya lima negeri yang menyerahkan senarai nama serta kawasan untuk ditandingi.

“Bagi negeri-negeri lain mereka masih memerlukan masa, tambahan pula sekarang masih ‘mood’ raya, disamping situasi politik negara yang tidak menentu yang mana kita jangka dapat terima senarai dari semua negeri minggu hadapan.

“Apa yang ingin ditekankan, ini hanya hasrat… yang kita minta semua pengerusi perhubungan negeri atau penyelaras dapat senaraikan nama calon serta kawasan yang ingin mereka tandingi.

“Kita akan bawa ke mesyuarat PN yang di situ satu keputusan akan dibuat sama ada senarai calon serta kawasan yang dikemukakan boleh bertanding atau tidak pada PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengagihkan bunga sempena sambutan Hari Ibu di Bukit Tengah, di sini, semalam.

Ditanya negeri yang sudah menyerahkan senarai, Lau enggan mendedahkannya berikutan ingin memberi keadilan kepada negeri lain yang belum berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Lau berkata, GERAKAN mahu bangkit semula menawan Pulau Pinang pada PRU-15.

“Di Pulau Pinang, GERAKAN adalah parti yang memainkan peranan sangat penting kerana negeri inilah kita pernah berkuasa selama 39 tahun sebelum jatuh tanpa sebarang kerusi pada PRU-12, kira-kira 14 tahun yang lalu.

“Bahkan Pulau Pinang akan kekal sebagai negeri ‘barisan hadapan’ GERAKAN yang kita akan bangkit semula,” katanya.

Sementara itu, Lau berkata hubungan GERAKAN dengan parti komponen lain dalam PN khususnya BERSATU dan PAS kini semakin rapat selepas melalui beberapa pilihan raya negeri (PRN) termasuk Melaka dan Johor.

“Semua parti komponen dalam PN memainkan peranan yang berlainan. Sebagai contoh, dalam PN, kita (GERAKAN) akan memberi fokus kepada kelompok bukan Melayu dan bukan Islam walaupun dalam PN sendiri BERSATU juga memiliki sayap bersekutu (memberi fokus kepada golongan bukan Bumiputera) dan PAS pula dengan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS).

“Apapun, kita akan teruskan dengan proses untuk merapatkan hubungan sesama kita dan arahan juga telah dikeluarkan untuk kita mengadakan majlis berbuka puasa dan jamuan hari raya secara bersama,” katanya.

胡栋强促曹观友 开紧急会议商治水对策

胡栋强促曹观友 开紧急会议商治水对策

(槟城7日讯)民政党槟州主席胡栋强促请槟州首长曹观友,不要再逃避峇央峇鲁一雨成灾的严重问题,同时应该立刻召开各相关部门紧急会议,以寻求对策,别让槟岛西南区人民长期生活在淹水之苦中。

baca lagi
刘华才:按国际油价变化 马柴油应每公升RM2.62

刘华才:按国际油价变化 马柴油应每公升RM2.62

(吉隆坡7日訊)民政党全国主席刘华才說,根据近期国际市场油价变化情况,按照现行成品油价格形成机制,国际柴油的价格相等于每公升2.62令吉,因此,他不明白为何团结政府却把西马的柴油零售价定在每公升3.16令吉,以致國內每公升的柴油價格比國際柴油價格高出54仙之多。

baca lagi