Berita Gerakan

Gerakan tiada masalah guna logo PN

Feb 19, 2022

JOHOR BAHRU: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tiada masalah untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lou Hoe Chai berkata, bertanding di bawah satu logo membuktikan keutuhan dan kesepakatan antara parti komponen iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas.

Katanya, ini adalah kali kedua Gerakan bertanding di bawah logo PN selepas PRN Melaka, November tahun lalu dan langkah itu menjadikan hubungan parti komponen lebih erat dan saling memahami cara kerja masing-masing.

“Kita tak sama dengan Pakatan Harapan (PH) apabila PKR ingin menggunakan logo parti mereka sendiri sedangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Pengerusi PH.

“Bagaimana pengerusi gabungan enggan menggunakan logo tersebut, ini menunjukkan parti itu hilang kepercayaan terhadap gabungan pembangkang tersebut. Sekiranya perkara semudah ini susah nak capai kata sepakat, macam mana hendak memimpin negara,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan di Pejabat Gerakan di Taman Jaya, Skudai hari ini.

Yang turut hadir ialah, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong dan Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Johor, Senator Datuk Teo Kok Chee.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan PKR akan menggunakan logonya sendiri dalam PRN Johor, manakala dua sekutunya dalam PH iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan logo gabungan pembangkang itu.

Susulan keputusan itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, dua parti itu menghormati keputusan PKR untuk menggunakan logo sendiri, meskipun mempunyai perbezaan pendapat mengenainya.

Hoe Chai memberitahu, dalam mesyuarat itu bersetuju untuk melantik Kok Chee sebagai Pengerusi Jentera PRN Negeri Johor dan pejabat itu sebagai bilik parti Gerakan.

Tambahnya, semua pemimpin Gerakan di setiap negeri akan berkampung di negeri ini bagi membantu jentera PH berkempen dan memberi sokongan bagi memastikan kemenangan pada PRN Johor. – UTUSAN

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi