Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Gerakan tolak PRN Melaka, nyawa dan keselamatan rakyat lebih penting

Okt 10, 2021

MELAKA, 10 Okt — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana nyawa dan keselamatan rakyat lebih penting, kata Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

“Secara dasarnya, Gerakan menolak PRN Melaka kerana apa yang lebih penting ialah nyawa dan keselamatan rakyat. Kita bimbang wabak COVID-19 tidak boleh dikawal sekiranya berlaku jangkitan ekoran pelaksanaan PRN Melaka.

“Namun pelaksanaan PRN Melaka bukan satu perkara luar biasa kerana semua jentera Gerakan di seluruh negara telah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 sekali gus bersedia mengambil bahagian pada PRN Melaka,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata Gerakan akan bertanding di bawah bendera Perikatan Nasional (PN) seperti yang diputuskan dalam Majlis Tertinggi PN, jika diberikan peluang.

Pada 4 Okt lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka penggal ke-14 daripada Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri pimpinan UMNO hilang majoriti dalam DUN.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.

— BERNAMA

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi