Siaran Akhbar

Gesa Menteri KDN cari jalan penyelesaian, tangani masalah kesesakan penjara

Apr 12, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai kecewa dan bimbang dengan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai isu kesesakan penjara kerana gagal memberi penyelesaian yang berkesan.

Beliau memetik bahawa negara kita mempunyai seramai 73,724 orang banduan, tetapi jumlah tersebut telah melebihi kapasiti sebenar penjara iaitu sebanyak 12.11% (7,962) orang banduan.

“Statistik ini amat tinggi, tetapi Saifuddin Nasution masih belum memberi penyelesaian yang berkesan. Sebaliknya, jawapannya menimbulkan persoalan yang lebih serius”.

“Jawapan beliau seolah-olah sistem kehakiman kita telah hilang keberkesanannya. Jika hukuman itu berkesan, penjara tidak boleh melebihi kapasiti. Ini menunjukkan bahawa sistem kehakiman kita perlu dikaji semula untuk mengetahui dan menangani masalah yang mungkin berlaku” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa Menteri tersebut gagal menjawab soalan keduanya iaitu, adakah KDN telah menjalankan kajian tentang cara mengurangkan kadar jenayah di negara kita?

“Jika KDN tidak boleh mengawal kadar jenayah dengan berkesan, maka masyarakat kita akan menghadapi cabaran serta bahaya yang lebih besar”

“KDN perlu mempertimbangkan untuk membenarkan banduan yang melakukan jenayah kecil membuat khidmat masyarakat, ia akan membolehkan banduan menggunakan masa mereka dengan lebih bermakna” jelasnya.

Dominic Lau menerangkan negara memerlukan penyelesaian yang lebih menyeluruh bagi menangani masalah yang wujud dalam sistem kehakiman negara kita.

Beliau percaya masalah kesesakan penjara juga memberi kesan kepada masalah dalam sistem kehakiman Malaysia. Jadi kerajaan memerlukan penyelesaian yang lebih komprehensif untuk membentukan sistem kehakiman yang lebih adil dan berkesan, agar kestabilan dan keselamatan masyarakat dapat dijamin.

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi