Siaran Akhbar

Hanya yang kurang siuman pertikai darurat- GERAKAN

Jan 15, 2021

GERAKAN berpendapat bahawa kuasa pengisytiharan darurat dibuat berdasarkan kepada budi bicara dan kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Jika baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berpuas hati yang ancaman darurat besar atas keselamatan negara, ekonomi dan ketenteraman awam telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku maka baginda Yang Di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat.

Kuasa tersebut adalah mutlak dan muktamad, dan mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencabar ketertinggian perlembagaan persekutuan termasuklah kedudukan Yang Di-Pertuan Agong. Malangnya, seorang presiden daripada sebuah parti politik yang tersohor dengan kelicikannya dalam memanipulasi sentimen rakyat melalui kisah sokongan majoriti, berusaha mencabar pengisytiharan tersebut atas dasar kepentingan peribadi beliau sendiri.

Yang penting sekarang adalah untuk berganding bahu melawan dan melandaikan lengkung jangkitan baru Covid-19. Bukannya masa untuk berpolitik, ataupun guling kerajaan demi memuaskan nafsu kuasa politik!

Hanya pihak yang kurang siuman sahaja akan mencabar kuasa Yang Di-Pertuan Agong yang tertakluk kepada perlembagaan persekutuan dengan meminta baginda untuk menarik semula pengisytiharan darurat tersebut. Ini seolah-olah menghina kebijaksanaan dan wewenang Yang Di-Pertuan Agong dalam melaksanakan perkenan dan hemat baginda. Sudah pastinya baginda Yang Di-Pertuan Agong telah mengambil kira segala faktor yang berkaitan sebelum membuat perkenan untuk mengisytiharkan darurat.

Darurat Kesihatan yang dikatakan akan menggantung kuasa parlimen perlu dilihat sebagai suatu usaha kerajaan untuk mewujudkan kestabilan politik agar semua pihak bersatu menggembleng tenaga melawan pandemik Covid-19 yang berada pada tahap genting ketika ini. Demokrasi perlu dilihat dengan nota keberkesanan, maka menjadi tanggungjawab semua, tidak kira pembangkang mahupun kerajaan, perlu bermuafakat dalam menjunjung titah Seri Paduka Baginda Tuanku dan berkerjasama dengan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 serta seterusnya mengembalikan kestabilan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

昌明政府卖掉马来西亚城以减少国债。

民政党全国主席拿督刘华才博士要求首相安华说明,我国2024年新债务从预算中的860亿令吉减少至768亿令吉,是不是因为政府出售大马城获得120亿令吉才促成国债缩减? 他说,政府有必要告诉民众政府是通过什么方式削减新债务,因为大家都晓得财政部以约120亿令吉的价格,将大马城出售给KLCC(控股)私人有限公司。巧的是,这120亿令吉正巧“填补了”政府借贷减少的92亿令吉。...

baca lagi