Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Henti unsur sensitif

Apr 30, 2020

KUALA LUMPUR – Mesej mengenai ‘perpaduan sosial’ perlu diuar-uarkan dari masa ke masa di media massa termasuk laman sosial bagi memastikan semua pihak berwaspada mengeluarkan kenyataan berunsur negatif dan sensitif.

Ketua Biro Perpaduan Nasional Parti Gerakan, H Puvaniten berkata, rakyat Malaysia perlu bersatu melindungi perpaduan ketika negara mengharungi cabaran wabak koronavirus (Covid-19).

“Agenda utama ialah menamatkan wabak Covid-19 dengan sokongan padu dan membentuk perpaduan sosial.

“Kita tidak harus memberi sebarang komen atau gambaran negatif atau menggunakan peluang krisis wabak ini untuk berpolitik atau kecam-mengecam antara satu sama lain.

“Hari ini, wabak Covid-19 telah membawa kita semua berjuang dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa empat untuk menjamin keselamatan dan kesihatan kita semua.” jelasnya.

Puvaniten juga menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan bertarung nyawa menyelamatkan pesakit tanpa mengira identiti.

“Pejuang barisan hadapan seperti doktor, media, pekerja kesihatan dan pekerja kebersihan bekerja dengan hanya berbekalkan topeng muka dan peralatan perlindungan diri bertarung nyawa demi pesakit.

“Pengorbanan mereka untuk memastikan keselamatan nyawa kita. Mudah-mudahan kita menyambut pengakhiran gembira dengan berjaya memerangi Covid-19 dalam masa terdekat,” katanya.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi