Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Hentikan menekan PM supaya memanggil PRU15

Jan 5, 2021

Parti GERAKAN Rakyat Malaysia menyeru semua pihak untuk berhenti menggunakan taktik paksaan dengan menekan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memanggil PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Presiden Nasional Parti GERAKAN Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, semua parti politik, sama ada parti pemerintah atau pembangkang seharusnya memberi keutamaan dalam usaha pencegahan penularan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Parti politik seharusnya berusaha untuk membantu rakyat, terutama golongan B40 dan rakyat yang hilang kerja untuk mendapat pekerjaan baru secepat mungkin dan bukan berdegil untuk merampas kuasa saja.”

“Sepertimana yang saya sentiasa menekankan bahawa pendirian Parti GERAKAN adalah demi rakyat dan kepentingan rakyat perlu diutamakan. Semua parti politik haruslah mengenepikan kepentingan parti masing-masing dan berkerjasama untuk membantu rakyat dan memulihkan ekonomi negara.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berpendapat bahawa dalam keadaan negara dilanda penularan COVID-19, mengadakan PRU15 adalah amat tidak sesuai.

“Mengikut laporan media, vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula diagih dan disuntik kepada kira-kira satu juta rakyat Malaysia bermula Februari.”

Beliau bercadang, PRU 15 hanya boleh dilaksana dengan selamat selepas sekurang-kurangnya 50% rakyat negara telah menyuntik vaksin COVID-19.

Dominic Lau juga menekankan bahawa Parti GERAKAN Rakyat Malaysia menyokong penuh kepimpinan YAB Perdana Menteri menerajui negara.

不撞南墙不回头

不撞南墙不回头

在这个世界上,没有一个人是十全十美的,谁做事情会没有犯错,若他能够承认自己的错误.

baca lagi