Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Hina Jata Negara: GERAKAN syor henti terbitan buku

Jun 30, 2020

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mencadangkan agar penerbitan buku yang didakwa menghina Jata Negara, dihentikan pengeluarannya atau ditukar kulit yang baharu, demi menghormati kesucian lambang rasmi kedaulatan negara.

Presiden GERAKAN Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara tersebut perlu dilakukan kerana selain daripada mengelakkan berlakunya lebih banyak tafsiran, penerbitan buku itu mampu mengundang kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan penerbit tersebut telah tampil dengan permohonan maaf kepada semua, selain percaya penerbit tersebut tidak berniat mencemarkan Jata Negara, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Sebaliknya, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan laporan polis yang diterima sejak kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selain itu, Lau turut mencadangkan agar penerbit bukut tersebut untuk menukar kulit buku itu, jika mahu karyanya terus dibaca dan dijual kepada orang ramai selain menasihatkan semua penerbit buku tidak menggunakan karya berkaitan perkara sensitif sebagai bacaan untuk rakyat.

Sebuah buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka depan menjadi tular di media sosial, semalam.

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi