Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Hina Jata Negara: GERAKAN syor henti terbitan buku

Jun 30, 2020

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mencadangkan agar penerbitan buku yang didakwa menghina Jata Negara, dihentikan pengeluarannya atau ditukar kulit yang baharu, demi menghormati kesucian lambang rasmi kedaulatan negara.

Presiden GERAKAN Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, perkara tersebut perlu dilakukan kerana selain daripada mengelakkan berlakunya lebih banyak tafsiran, penerbitan buku itu mampu mengundang kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan penerbit tersebut telah tampil dengan permohonan maaf kepada semua, selain percaya penerbit tersebut tidak berniat mencemarkan Jata Negara, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“Sebaliknya, biar pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan laporan polis yang diterima sejak kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selain itu, Lau turut mencadangkan agar penerbit bukut tersebut untuk menukar kulit buku itu, jika mahu karyanya terus dibaca dan dijual kepada orang ramai selain menasihatkan semua penerbit buku tidak menggunakan karya berkaitan perkara sensitif sebagai bacaan untuk rakyat.

Sebuah buku bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara yang diubah suai sebagai penghias muka depan menjadi tular di media sosial, semalam.

‘Bincang dengan KKM dulu supaya rakyat tak keliru’

‘Bincang dengan KKM dulu supaya rakyat tak keliru’

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan mengumumkan pembukaan semula sembilan sektor perniagaan bagi fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 April ini perlu berasaskan koordinasi dan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada ia boleh...

baca lagi
Nyawa rakyat perlu diutamakan

Nyawa rakyat perlu diutamakan

KUALA LUMPUR – Kerajaan harus konsisten dalam mengkaji semula sektor-sektor yang dibenarkan untuk beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ini. Ini kerana, senarai sektor-sektor ekonomi yang dibenarkan semula beroperasi telah mendapat...

baca lagi