Siaran Akhbar

Ikrar Bebas Rasuah SPRM : Pemimpin Parti GERAKAN

Ogo 30, 2021

Presiden Nasional Parti GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini mengetuai 54 pemimpin parti terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Wanita Pusat melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBS)

Majlis secara maya tersebut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd Noor.

Menurut Dominic Lau Hoe Chai, IBR dibuat bagi memastikan kelangsungan perjuangan GERAKAN berkhidmat demi rakyat dan negara.

“Dengan semangat kesatuan, kesepakatan, kejujuran, keikhlasan, keyakinan dan kesungguhan untuk meraih sokongan padu rakyat demi kemenangan dalam pilihan raya akan datang, ayuh kita lafazkan ikrar taat setia ini.

“GERAKAN berikrar untuk menghapuskan rasuah, berintergriti dan menghindari hasad dengki serta meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi” katanya dalam satu kenyataan selepas melafaz dan menandatangani IBS baru-baru ini.

Barisan kepimpinan GERAKAN juga sedang meneliti penyertaan parti dalam Piawaian Sistem Pengurusan Anti-Rasuah MS ISO 37001:2016 oleh International Standard Organization (ISO) sebagai rangka penilaian pelaksanaan, penyelenggaraan, dan penambahbaikan sistem pengurusan anti rasuah dalam parti.

Penyertaan parti dalam memperolehi Pensijilan MS ISO 37001:2016 membuktikan komitmen GERAKAN yang teguh melawan sebarang unsur berkait dengan rasuah dan penyelewengan.

Sementara itu, SPRM mengucapkan tahniah kepada kerana melakar sejarah sebagai parti politik pertama menandatangani IBR selepas pembetukkan kerajaan baru minggu lepas.

Razim Mohd Noor berkata, IBR merupakan satu lagi usaha baharu suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab agar menghidari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.

“Apa yang penting adalah matlamat IBS ini dicapai bukan sekadar majlis atau lafaz ikrar semata-mata.

“Individu atau pemimpin terbabit harus mengotakan janji apa yang mereka lafaz semasa IBR itu. Jangan sesekali melanggar sumpah ikrar dengan melibatkan diri dalam gejala rasuah atau tidak bermoral,”tegasnya.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN