Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Industri tempatan perlu manfaatkan bantuan kerajaan

Apr 13, 2020

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyeru kepada semua syarikat tempatan agar memanfaatkan bantuan daripada kerajaan seperti bantuan pinjaman mikro dan pinjaman gaji tanpa faedah untuk mengelakkan syarikat dibebani dengan keadaan yang tidak menentu.

Beliau berkata, pemberhentian dan penutupan operasi perlu dijadikan sebagai jalan terakhir bagi sesebuah syarikat. Untuk memastikan kelangsungan perusahaan kecil dan sederhana terus beroperasi, kerajaan telah memperuntukkan bantuan untuk meringankan beban dan tekanan kewangan yang dihadapi. Namun jika pengusaha syarikat memilih untuk menghentikan dan menutup terus syarikat, ianya akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara.

“Dalam menghadapi kesukaran ini, majikan dan pekerja harus saling membantu dalam merunding semula gaji jika perlu, memendekkan waktu bekerja dan penggiliran waktu bekerja dan cuti demi menyelesaikan masalah aliran kewangan syarikat. Pemberhentian kerja sebenarnya akan menimbulkan pertambahan gejala pengangguran dan masalah sosial. Sekaligus meningkatkan masalah ketidakstabilan ekonomi.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata demikian dalam kenyataanya hari ini.

Beliau berpendapat, pemberhentian kerja ketika penularan wabak ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan kerana pekerja yang dibuang akan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan baru. Oleh itu, syarikat harus menggunakan alternatif lain seperti pemotongan gaji dan menggunakan sepenuhnya bantuan kerajaan dalam membela nasib mereka.

Beliau juga menjelaskan, demi menghadapi kesukaran itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyediakan platform B4B untuk pengusaha syarikat. Kaedah ini diperkenalkan demi membantu pengusaha syarikat tempatan terus beroperasi. Disebabkan perkhidmatan ini adalah percuma, pengusaha syarikat dialu-alukan untuk berdaftar.

Sesiapa yang berminat boleh layari laman https://www.facebook.com/Gerakan-SME-Bureau-BforB-Advisory-101169301558529 untuk maklumat lanjut

Sedia bantu kerajaan dalam kemajuan pengambilan vaksin

Sedia bantu kerajaan dalam kemajuan pengambilan vaksin

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau telah berbincang kemungkinan untuk membuka stesen pengambilan vaksin dalam satu perbincangan secara maya dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

baca lagi