Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Institusi Kewangan perlu pertimbang bebanan orang awam

Mei 2, 2020

Skim Moratorium merupakan penangguhan bayaran balik yang diperkenalkan kepada semua rakyat dalam negara untuk menghadapi kesukaran pandemik Covid-19. Perlaksanaannya termaktub untuk semua bank. Manakala kadar faedah terakru yang dikenakan turut tertakhluk pada institusi perbankan.

Oleh itu, Untuk membantu meringankan tekanan kos sara hidup rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia menyarankan kadar faedah yang dikenakan digantikan dengan yuran nominal. Dengan menetapkan caj yuran nominal sekitar RM50 hingga RM100 dapat membantu mengurangkan kerugiaan institusi perbankan dalam negara.

Selain itu, Bank Negara juga boleh mewujudkan satu skim mudah untuk semua institusi perbankan laksana faedah kompoun yang berpatutan secara selaras untuk tempoh moratorium demi meringankan beban rakyat dalam negara.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia sedar tindakan menyelaras faedah yang dikompoun secara sama rata akan merugikan sesetengah intitusi kewangan. Tetapi ianya perlu dipertimbangkan berdasarkan keadaan semasa dunia.

Semua rakyat terkesan dengan pandemik ini, terutamanya golongan M40, B40 dan ke bawah. Oleh itu, untuk meningkatkan keupayaan pertumbuhan ekonomi institusi perbankan terus beroperasi, Institusi perbankan boleh mempertimbangkan implementasi bayaran pinjaman tanpa faedah untuk semua perkhidmatan dan produk dalam tempoh 6 bulan moratorium.

Sungguhpun ianya tidak membawa keuntungan kepada perbankan, institusi perbankan tetap mendapat pulangan bayaran pinjaman yang diperuntukkan.

Justeru itu, Bank Negara harus mencari alternatif berkesan supaya semua rakyat tidak terbeban teruk kerana pandemik ini. Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap Bank Negara dapat berkrompomi dengan semua Institusi Kewangan untuk membuat keputusan yang memenuhi keperluan rakyat.