Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Israel perlu dihadapkan ke ICC: Pemuda PN

Mei 17, 2021

KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini mahu Israel dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di atas pencerobohan serta serangan ganas tentera rejim berkenaan ke atas Masjid al-Aqsa dan Semenanjung Gaza.

Dalam kenyataan bersama yang ditandatangani lima ketua pemuda daripada PN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan, mereka mahu peperangan, tindakan ketenteraan serta pembersihan etnik yang dilakukan ke atas Palestin dihentikan serta-merta.

Kesemua mereka juga menyeru pimpinan dan organisasi antarabangsa untuk bersama-sama mengecam dan mengutuk penindasan dan penjajahan yang dilakukan selain mendesak Israel dan Amerika Syarikat untuk berlaku jujur dan adil terhadap perjanjian untuk Palestin sebagai negara berdaulat berdasarkan garis sempadan sebelum tahun 1967.

“(Kami) Bersetuju dengan pendirian yang diambil kerajaan Malaysia yang menyokong penyelesaian yang adil dan saksama melalui Penyelesaian Dua Negara atau ‘Two-State Solution’ berdasarkan garis sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin sebagai satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel,” kata kenyataan itu

Kenyataan itu ditandatangani oleh Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam Khirudin; Ketua Armada Bersatu Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ketua Pemuda STAR, Rizal Johari; Ketua Pemuda SAPP, Jamain Sarudin dan pemangku Ketua Pemuda Gerakan pusat, Wong Chia Zhen.

Bagi membantu Palestin, Pemuda PN akan memainkan peranan serta menjalinkan kerjasama strategik dengan semua pihak bagi menyemarakkan usaha kempen #Aid4Palestine yang telah dilancarkan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, yang mana hingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera. – Bernama

龙运民政党.年初十约你来捞生

龙运民政党.年初十约你来捞生

(龙运17日讯)登嘉楼州民政党龙运区部将于2月3日(农历初十)办“迎春接福、喜洋洋”捞生晚宴,欢迎各界人士与党员抽空赴宴,同欢共庆新春佳节。

baca lagi