Berita Gerakan

Isu penyepit: Gerakan kritik Tun M

Dis 13, 2021

PETALING JAYA: Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai isu penggunaan penyepit sebagai analogi untuk menggambarkan cabaran asimilasi kaum bukan Melayu di Malaysia.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu boleh memecah belah hubungan antara kaum di Malaysia yang telah lama terjalin.

“Kenapa perlu bangkitkan isu sedemikian, Malaysia sudah lama hidup dalam satu masyarakat majmuk. Ini keunikan Malaysia.

“Malah semua anak Malaysia menerima dibawah Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam media melaporkan, Dr. Mahathir membangkitkan apa yang dirasakannya sebagai kesukaran dalam asimilasi penduduk bukan Melayu di negara ini, dengan mengambil contoh penggunaan penyepit kalangan masyarakat Cina dan bukannya mengguna cara rakyat Malaysia dengan tangan.

Menurut Dr. Dominic Lau, bangsa, budaya dan agama boleh musnah sekiranya sikap tidak menghormati antara satu sama lain itu hilang dalam diri rakyat Malaysia.

Beliau mengharapkan Dr. Mahathir menunjukkan contoh teladan yang bijak dan baik dalam politik kerana sudah dua kali menjadi Perdana Menteri dan memegang tampuk tertinggi di Malaysia selama 22 tahun.

“Beliau (Dr. Mahathir) seorang politik yang disegani dan dihormati di Malaysia mahupun luar negara, tetapi saya pelik kenapa kenyataan itu dikeluarkan.

“Kesimpulannya saya ingin menyatakan, menghormati antara satu sama lain merupakan kunci utama ke arah melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu,” jelasnya.

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi