Berita Gerakan

Isu rebut kuasa tonjol sikap tamak pimpinan PH – Dominic

Jun 19, 2020

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sering berbincang perihal perebutan kuasa dalam mesyuarat PH Plus sejak kebelakangan ini tidak akan menggugat kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, ia hanya menonjolkan sikap tamak dan mementingkan diri pemimpin PH terhadap jawatan, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

“Pemimpin PH seharusnya fokus kepada perjuangan parti dan mengetepikan soal kuasa. Rakyat memilih untuk mendapatkan khidmat yang terbaik, jika pemimpin PH kekal dengan pendirian untuk merebut kuasa semata-mata, maka perjuangan PH semakin sia-sia dan akan terus tumbang seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dominic, pemimpin PH sepatutnya bersatu dengan berganding bahu bersama rakyat dan kerajaan dalam memerangi penularan wabak Covid-19.

Tindakan membincangkan dan menetapkan nama untuk sesuatu jawatan adalah tidak munasabah dengan kedudukan negara pada masa sekarang, katanya.

“Oleh itu, Gerakan berharap pemimpin PH dapat menerima kenyataan berhubung peralihan kuasa yang telah berlaku.

“Malah, jika ingin merampas tampuk pimpinan negara, mereka harus tunggu sehingga PRU akan datang,” tambahnya.

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi