Berita Gerakan

Isu Tambak Laut: Gerakan Tempelak Exco Pulau Pinang

Jun 28, 2021

PULAU PINANG 27 Jun – Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Pulau Pinang, Oh Tong Keong menempelak Exco Pulau Pinang, Zairil Khir Johari kerana memberi kenyataan  tidak berasas  mengatakan peluang pekerjaan hanya dapat diwujudkan dengan adanya projek  tambak laut di perairan selatan (PSR).

Katanya, alasan Exco berkenaan tidak berasas  kerana masih terdapat banyak tanah di sebelah seberang (tanah besar) yang boleh dibangunkan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang.

“Tidak semestinya perlu menambak laut untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

“Masih banyak tanah di seberang yang boleh dibangunkan.

“Contohnya, Austria Technologies & Systemtechnik AG (AT&S) akan melabur RM8.5 bilion untuk menubuhkan kilang di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan dijangka beroperasi pada  2024 yang bakal mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Sehubungan itu beliau bertanya pada Exco berkenaan,  adakah negeri Kedah menambak laut untuk menarik pelabur asing bagi mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk di negeri itu?

“Ini jelas menunjukkan projek tambak laut tiada kaitan dengan penarikan pelabur asing,”  katanya.

Tambahan, kata Tong Keong,  keluasan kawasan tanah di sebelah seberang (tanah besar) adalah dua kali ganda lebih besar daripada tanah di bahagian pulau.

“Bukankah kawasan-kawasan ini dapat digunakan untuk penubuhan zon perindustrian?

“Maka, tiada keperluan untuk kerajaan PH  Pulau Pinang menambak laut di perairan selatan.

“Berhubung  isu Pulau Pinang kekurangan tanah untuk mewujudkan peluang pekerjaan, sebenarnya kerajaan PH negeri Pulau Pinang harus disalahkan  kerana selama 13 tahun ini mereka sering menjual tanah,” katanya.

Beliau berkata, sejak tahun 2008 DAP mentadbir negeri Pulau Pinang, banyak tanah di Batu Kawan yang ditinggal oleh bekas Ketua Menteri Tun Dr. Lim Chong Eu dan Tan Sri Koh Tsu Koon yang merupakan pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia kepada kerajaan negeri yang diketuai DAP.

Namun,  katanya, sejak 13 tahun ini, banyak tanah-tanah itu telah dijual DAP.

“Berhubung isu jual tanah, DAP harus tampil untuk memberi penjelasan kepada rakyat jelata  mengenai soalan-soalan seperti berapakah jumlah tanah yang dijual oleh kerajaan diketuai DAP dan berapakah peluang pekerjaan  berjaya diwujudkan susulan daripada penjualan tanah?

“Ini adalah kerana rakyat Pulau Pinang merupakan pemilik tanah kepada tanah-tanah Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata, projek tambak laut yang berkeluasan 4,500 ekar di perairan selatan itu adalah satu scam.

Ini kerana jelasnya, kerajaan negeri mengatakan bahawa setelah projek itu siap ditambak akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, dan 400,000 orang akan masuk ke Pulau Pinang pada masa itu.

“Sebenarnya, kerajaan PH negeri Pulau Pinang telah menipu rakyat dalam projek penambakan tiga pulau itu, kerana sebelum ini kerajaan negeri mengatakan tanah yang ditambak itu akan dijual untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PIP), tetapi kini kerajaan negeri langsung tidak menyentuh isu PIP tetapi sering mengaitkannya dengan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri membuat anggaran bahawa pihak mereka akan mendapat RM600 juta setelah pulau A dijual, tetapi pendapatan melalui penjualan pulau A tidak cukup untuk menanggung kos pembinaan LRT.

“Ini jelas menunjukkan bahawa projek tambakan laut dijalankan sebenarnya bukan untuk tujuan pelaksanaan PIP. Maka, terbongkarlah kerajaan PH negeri Pulau Pinang bercakap bohong. ”

“Dulu, negeri Pulau Pinang mempunyai jumlah tanah yang banyak, tetapi telah habis dijual DAP.

” Pada zaman pemerintahan Parti Gerakan di negeri Pulau Pinang, banyak tanah diambil untuk kegunaan pembangunan dan telah menambahbaik taraf kehidupan rakyat.

” Namun,  setelah kerajaan negeri yang diketuai DAP memerintah negeri Pulau Pinang, mereka telah banyak menjual tanah kepada pihak swasta, tetapi tiada projek pembangunan dijalan,” katanya.

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi