Berita Gerakan

J-Kom: Rombak beribu kali pun takkan ada hasil baik, kata Gerakan

Jan 4, 2024

Dalam keadaan yang langka, Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada cadangan dikemukakan anggota kerajaan perpaduan.

Mengulas isu keberadaan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Gerakan berkata, mereka menyokong saranan dibuat ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi agar agensi itu dirombak.

Presiden Gerakan, Dominic Lau, berkata agensi terbabit kini lebih sibuk menjadi alat propaganda kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim berbanding memberi penerangan mengenai dasar kerajaan.

“Ia dapat difahami kerana terlalu banyak isu pada hari ini sehingga sukar bagi J-Kom untuk membuat damage control bagi pihak kerajaan,” kata Lau kepada Malaysiakini.

Pun begitu dia berasa sangsi langkah merombak itu akan memberi kesan positif kepada negara.

“Rombaklah beribu kali pun, tidak akan ada sebarang perubahan yang baik kerana matlamat asal penubuhan J-Kom telah lama menyimpang.

“Sebab itu jika fungsi utama J-Kom ialah untuk membantu PMX (Anwar), lebih baik kita tutup dan wang pembayar cukai dapat dijimatkan.

“Selama ini kita sudah ada Jabatan Penerangan bagi tujuan menjelaskan dasar kerajaan,” katanya lagi.

 

禁在野党议员进校有失公允  黄佳祯:学校是公共场所

禁在野党议员进校有失公允 黄佳祯:学校是公共场所

(雙溪大年18日訊)吉打州行政議員黃佳禎說,由於團結政府禁止在野黨議員進校園,造成吉打州議員要給州內的華淡小撥款及援助時都要偷偷在校外進行,校方也不敢把所拍的照片上載至社交媒體,情況猶如在野的人民代議士與校方在偷情。

baca lagi