Siaran Akhbar

Jabatan kerajaan perlu siap sedia hadapi banjir dan sebarang kemungkinan

Sep 24, 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berpendapat bahawa jabatan kerajaan perlu mengubah pemikiran mereka dan menerapkan konsep bersiap sedia serta berwaspada dengan apa-apa insiden bencana alam yang akan berlaku. Bukan sekadar menghantar kakitangan untuk membersihkan dan membaiki kerosakan selepas bencana alam tanpa tindakan susulan.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan melakukan kajian menyeluruh selepas setiap insiden bencana alam serta mengumpul data mengenai kemusnahan yang berlaku dan memahami punca kejadian tersebut supaya langkah yang sesuai dapat diambil. Contohnya, seperti kejadian tanah jerlus di Masjid India yang menelan manusia, beberapa insiden pokok besar tumbang akibat ribut, yang menyebabkan kerosakan pada rumah dan kereta hingga meragut nyawa di beberapa kawasan, semua ini perlu direkodkan.

Malangnya, beliau mendapati bahawa pihak berkuasa hanya bertindak aktif jika mempunyai insiden yang besar berlaku, di mana semua orang memberi perhatian kepada kejadian seketika itu.Namun, setelah keadaan reda, semua akan menjadi seperti sedia kala dan tidak membuat apa-apa inisiatif untuk membuat persiapan bagi insiden yang akan dating. Disebabkan kekurangan pemantauan dan pengawasan, perkara tersebut biasanya diselesaikan secara terburu-buru, menyebabkan banyak insiden yang sama berulang. Beliau percaya jika langkah yang lebih proaktif diambil, ada kemungkinan beberapa insiden dapat dielakkan.

“Adakah pihak berkuasa kerajaan telah melakukan pemeriksaan susulan yang menyeluruh terhadap keselamatan tanah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur? Adakah kaedah pencegahan telah dikenal pasti untuk mengelakkan kejadian sama berulang? Saya berharap semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negara dapat memeriksa pokok-pokok lama di kawasan mereka dan melantik pakar untuk memeriksa pokok-pokok tersebut secara berkala bagi memastikan ia tidak tumbang akibat reput ketika hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.”

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Selasa, Dominic Lau menegaskan bahawa untuk menguruskan pokok-pokok di bandar, terutamanya pokok besar, pemeriksaan berkala dan terperinci perlu dilakukan bagi memastikan keadaan keselamatan dan tahap risiko pokok tersebut. Pokok-pokok perlu diperiksa secara berkala untuk memastikan keselamatannya dan dipangkas, demi menjamin keselamatan pelancong, penduduk, dan pengguna jalan raya.

“Negara yang ingin maju perlu mempunyai pembangkang yang kuat, ini penting untuk proses demokrasi. Jika kita melihat negara-negara paling maju di dunia seperti Amerika, Britain, Jerman, serta Australia dan New Zealand, mereka mempunyai pembangkang yang kuat yang sentiasa bersedia untuk mengambil alih pentadbiran dari parti pemerintah jika perlu. Keadaan politik yang stabil memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat. Inilah peranan yang sedang diusahakan oleh Parti Gerakan.”

Beliau mendapati bahawa di beberapa kawasan di negara ini, lereng bukit dan pokok besar di tepi jalan semakin membesar selama bertahun-tahun, bahkan berdekad, dan menunjukkan tanda-tanda condong. Beberapa akar pokok yang ditanam di tepi jalan juga telah merosakkan kemudahan awam, menembusi tanah dan terus membesar, menyebabkan permukaan jalan menjadi tidak rata. Semua masalah ini perlu diberi perhatian.

Menurutnya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah memulakan inisiatif penjagaan pokok besar tahun ini dengan kos sebanyak RM4.3 juta untuk memeriksa kesihatan 13,995 pokok besar. Beliau berharap pihak berkuasa tempatan lain di negara ini juga mengambil tindakan yang serupa.

Beliau juga berpendapat bahawa selain mencari pakar luar, kerajaan juga sepatutnya memanfaatkan kepakaran Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) yang merupakan pakar dalam bidang ini dan boleh memberikan khidmat nasihat profesional. Pokok-pokok yang ditanam juga perlu diuruskan dan diselenggara dengan baik untuk mengelakkan sebarang ancaman kepada orang awam.

YB Senator
Datuk Dr
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi