Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Jangan campur tangan urusan dalaman negara ini

Feb 19, 2021

|
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dr. Dominic Lau mengecam tindakan segelintir ahli parlimen dari Negara ASEAN yang sengaja campur tangan urusan negara kita.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut telah membelakangkan semangat penubuhan ASEAN dan prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara Anggota ASEAN yang terdapat dalam piagam ASEAN.

“Apa yang menyedihkan, adanya ahli parlimen dari puak pembangkang yang sengaja membenarkan campur tangan kuasa asing dan mencemarkan kedaulatan negara. Ia seolah-olah mempersoalkan kewibawaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang memperkenankan Ordinan Darurat 2021.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia juga berkata bahawa menurut maklumat di laman web ASEAN Parlimentarian For Human Rights (APFHR), Pengerusi pertubuhan itu adalah seorang ahli parlimen DAP. Sekiranya ini benar, ia sangat mengecewakan, dan adalah perbuatan khianat dan derhaka.

“Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan kita ada hak dan cara yang tersendiri untuk menangani sesuatu isu secara dalaman. Gesaan luar adalah kurang matang, dan pembangkang tidak sepatutnya menggunakan kuasa luar sebagai senjata menekankan institusi negara kita.”

Beliau juga berharap pihak pembangkang sepatutnya membantu kerajaan dan sistem perkhidmatan awam dalam menghadapi pandemik covid-19.

“Seluruh petugas barisan hadapan bertungkus lumus dalam memerangi pandemik ini. Sekarang bukan masa untuk berpolitik keterlaluan, semua pihak seharusnya bekerjasama menentang COVID-19”

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi