Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Jangan ganggu tugas kerajaan tangani Covid-19, kata Pemuda PN

Jun 15, 2021

PETALING JAYA: Pemuda Perikatan Nasional (PN) meminta tidak ada pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu-gugat tugas utama kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Pemuda PN berkata, empat fasa dalam Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin wajar disokong semua pihak.

“Setelah lebih satu tahun kita mendepani cabaran ini dengan strategi dan pendekatan ‘lockdown’, Pelan Pemulihan Negara ini adalah ‘game changer’ untuk membawa kita menuju jalan keluar – ‘exit plan’ kepada permasalahan hari ini,” kata mereka.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pemuda PN yang juga Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua Pemuda STAR Rizal Johari, Ketua Pemuda SAPP Jamain Sarudin dan Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wong Chia Zhen.

Kata mereka, kerajaan hari ini dilihat terus menyokong prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

“Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara ini menjadi indikasi tepat kerajaan hari ini mendukung aspirasi demokrasi apabila dengan tuntas akan memberikan komitmen agar sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa 3 yang dijangka bakal digapai sekitar September atau Oktober tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Pemuda PN menyeru rakyat supaya terus memberi kepercayaan kepada kerajaan dalam menjayakan pelan pemulihan untuk keluar daripada kemelut pandemik yang melanda.

内裤反着穿也是新

内裤反着穿也是新

一次的选举,三任的首相。 这不仅在我国是史无前例,相信翻看了世界历史,也可说是几乎无迹可寻.

baca lagi