Siaran Akhbar

Jangan gugat kerajaan baru

Mei 21, 2020

Kuala Lumpur, 21 Mei – Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menasihatkan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar berhenti menimbulkan masalah untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berpendapat bahawa Tun Dr. Mahathir seharusnya memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepimpinan dan tidak mempersoalkan kredibilitinya kerana beliau telah dilantik secara sah oleh SPB Yang di-Pertuan Agong serta mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.

“Selain beranggapan perlu memberi laluan, Tun Dr. Mahathir juga perlu memberi masa kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggalas portfolionya dengan baik sehingga menjelang PRU akan datang. Situasi semasa kini bukan masa yang sesuai untuk mempertikaikan kewibawaan pemimpin, sebaliknya kerajaan perlu fokus terhadap pembangunan ekonomi dan kestabilan negara yang sangat mendambakan perhatian dalam kalangan menteri.”

“Oleh itu, semua pemimpin politik dalam negara disyorkan untuk memberi tumpuan untuk membangunkan negara dan mengetepikan soal perebutan kuasa dan niat untuk menjatuhkan pemimpin dalam kerajaan sedia ada.”

Beliau yang kesal dengan tindakan itu berkata demikian dalam kenyataannya hari ini.

“Memandangkan pandemik Covid-19 belum berakhir, pemimpin seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak berpolitik ekstrem untuk menggugat pentadbiran kerajaan sedia ada.”

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berharap semua pemimpin berhenti menimbulkan kontroversi yang mengganggu Perdana Menteri kerana perkara ini akan menjejaskan imej dan perkembangan ekonomi negara.

政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi