Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Jangan mempersoalkan kuasa yang di-Pertuan Agong

Jan 16, 2021

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dr. Dominic Lau dalam kenyataannya hari ini menempelak tindakan pihak pembangkang yang mempersoalkan peruntukan perlembagaan persekutuan. Beliau merujuk kepada gelagat pembangkang yang kurang matang dan dilihat sengaja mempolitikkan darurat kesihatan yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Selain itu, beliau mengingatkan pembangkang supaya tidak mengambil mudah kuasa Perlembagaan Persekutuan termasuklah kedudukan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

GERAKAN berharap ketua dan pemimpin pembangkang tidak keterlaluan dalam mempersoalkan perkenan baginda Yang Di-Pertuan Agong ke atas Ordinan Darurat yang berkuatkuasa pada 11 Januari 2021.

Kerajaan telah pun menjelaskan bahawa sesi parlimen ditangguhkan agar semua ahli parlimen diberi ruang untuk fokus kepada urusan kebajikan kawasan masing-masing. Usaha kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat tatkala negara dilanda pandemik dan ketidaktentuan ekonomi sepatutnya disokong oleh semua pihak.

Fokus utama sekarang adalah untuk memberi ruang kepada kerajaan dan jenteranya dalam mengawal penularan wabak Covid-19. Angka kes harian yang mencecah 4 digit saban hari amatlah merisaukan. Selain itu, jumlah kematian juga dilihat agak tinggi berbanding sebelumnya.

Melalui kenyataan rasmi parlimen, Speaker Dewan Rakyat telah pun dengan jelas menyatakan bahawa sidang parlimen hanya ditunda sehingga habis tempoh darurat supaya ahli parlimen tidak perlu merentas negeri dan daerah. Mereka hanya perlu fokus kepada kebajikan rakyat di kawasan masing-masing. Namun begitu, perkara-perkara lain seperti mesyuarat jawantakuasa khas parlimen yang juga dianggotai oleh pihak pembangkang masih lagi berfungsi seperti biasa. Bermaksud, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Perkara 14 (1 & 2), mematahkan sebarang usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengacau-bilau proses demokrasi parlimen dengan sebarang cubaan sabotaj.

Merujuk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Perkara 2 (1 & 2), sebuah jawatankuasa khas bebas akan ditubuhkan yang akan dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan, pembangkang, pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan. Mereka bertanggungjawab dalam mengesyorkan sebarang usulan berkenaan tempoh darurat kepada Seri Paduka Baginda. Inilah contoh nyata keberkesanan demokrasi. Pihak kerajaan dan pembangkang diberi tanggungjawab yang saksama dalam menilai pelaksanaan proklamasi darurat.

Di samping itu, Yang Di-Pertuan Agong membuat keputusan pengisytiharan darurat setelah mendengar penjelasan pihak eksekutif dan penjawat awam terutamanya daripada ketua pengarah kesihatan. Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 jelas menyatakan bahawa baginda berpendapat bahawa ancaman pandemik Covid-19 memberi kesan kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan ekonomi negara. Maka, adalah khianat dan derhaka untuk mempersoalkan kebijaksaan serta wewenang baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam perkara ini.

Oleh itu, pihak pembangkang perlu faham bahawa kebajikan rakyat adalah urusan yang paling penting sekarang dan bukannya isu yang berkaitan dengan keabsahan kerajaan ataupun Perdana Menteri sendiri. Jadi kurangkan masa untuk berpolitik, sebaliknya fokus kepada isu-isu yang berlandaskan kebajikan rakyat. Ingatlah bahawa rakyat sedang menilai setiap tingkah laku anda.

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi