Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Jangan pilih bulu, pesalah mesti di hukum- GERAKAN

Dis 10, 2021

9/12/2021, Keputusan mengekalkan hukuman denda dan hukuman penjara ke atas Najib Razak semalam membuktikan mahkamah Malaysia bebas daripada dipegang oleh mana-mana parti politik.

Menurut, Setiausaha Agung GERAKAN,Mak Kah Keong tindakan tersebut harus dipuji kerana tidak mengira sesiapa pesalah harus dihukum walaupun Perdana Menteri sekalipun.

“Memang menjadi perjuangan parti GERAKAN sendiri untuk mana-mana badan kehakiman ataupun penguatkuasa tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

“Jangan pilih ‘bulu’ pesalah mesti dihukum. Malah saya rasa ini satu perkara yang bakal menjadi perbualan seantara dunia kerana badan kehakiman dan mahkamah kita telus dalam menjalanan tugas,”ujarnya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi saya, ini juga antara mesej yang baik dan patut ditunjukkan kepada masyarakat daripada dahulu lagi tidak kira pangkat,darjat atau kedudukan sekiranya melakukan kesalahan hukuman wajar diberikan sama rata.

Semalam, tiga hakim dipengerusikan oleh Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Najib untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

Dua lagi hakim yang mendengar permohonan tersebut ialah Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.

Bagaimanapun hukuman penjara dan denda terhadap Najib ditangguhkan sementara kes dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung GERAKAN

彭民政矢捍吉打里直凉

彭民政矢捍吉打里直凉

(文冬29日讯)彭亨州民政党将会继续捍卫该党的两个传统传区文冬吉打里和百乐直凉,以便能够继续由民政党派出代表出阵.

baca lagi