Siaran Akhbar

Janji untuk hapuskan tol menipu rakyat lagi, ternyata hanya propaganda Pakatan Harapan

Mei 25, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengatakan bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu kerajaan tidak bercadang mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya dalam usaha menghapuskan tol pada masa ini di Dewan Rakyat telah mendedahkan janji palsu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Beliau menegaskan bahawa Lim Guan Eng sebelum PRU-15 telah berjanji akan memansuhkan tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) jika Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan pada PRU-15. Namun, jawapan daripada Menteri Kerja Raya telah membuktikan bahawa ini hanyalah penipuan politik Lim Guan Eng.

“Ketika kempen pilihan raya, Lim Guan Eng memanfaatkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap tol di lebuh raya dan mendakwakan bahawa kerajaan PH akan memansuhkan tol untuk meringankan beban rakyat”.

“Janji ini bukan sahaja dapat sokongan rakyat, malah juga memenangi banyak undi dalam pilihan raya”.

Dominic Lau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, Menteri Kerja Raya telah memberitahu bahawa kerajaan tidak bercadang mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya pada masa ini, ia bermakna tiada rancangan untuk memansuhkan tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

“Lim Guan Eng sudah pasti seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab kerana menipu rakyat untuk dapatkan undi tanpa walaupun terpaksa menipu”.

“Penipuan sebegini adalah sejenis pengkhianatan kepada rakyat. Apa yang rakyat mahukan adalah ahli politik yang boleh bekerja dengan ikhlas untuk kesejahteraan rakyat, bukanlah untuk mendapatkan kuasa dengan janji palsu dan kemudian mengabaikan kepentingan rakyat”.

“Langkah ini telah menimbulkan keraguan terhadap rakyat dengan apa yang Guan Eng janji sebelum ini”.

Dominic Lau gesa Lim Guan Eng meminta maaf kepada rakyat atas pembohongannya, bukan lepas tangan. Lim Guan Eng sepatutnya perlu menjelaskan sebab mengapa beliau membuat janji palsu sebegitu dalam isu tol dan adakah beliau mempunyai motif politik tersembunyi.

Dominic Lau turut mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap tingkah laku penipuan sebegini dan meningkatkan keupayaan mengenal pasti tokoh ahli politik.

“Kita tidak boleh mudah mempercayai ahli politik berdasarkan slogan dan janji mereka, tetapi perhatikan rekod politik dan tindakan sebenarkan mereka. Dengan cara ini, rakyat hanya boleh melindungi hak diri-sendiri dan memastikan pemimpin politik yang kita pilih adalah benar-benar untuk kesejahteraan rakyat.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia