Berita Gerakan

Jika ikhlas sertai PN, Gerakan sedia korban kerusi untuk MCA, MIC

Jul 7, 2023

PETALING JAYA: Gerakan sedia mengorbankan sebahagian kerusinya kepada MCA dan MIC jika parti itu ikhlas menyertai Perikatan Nasional (PN) menentang Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pada PRN bulan depan.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong, berkata pihaknya sedia kembali ke meja rundingan jika dua parti berkenaan menerima pelawaan Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Md Nor untuk bertanding bawah simbol gabungan itu di kerusi campuran.

Menurut Mak, walaupun pengagihan 245 kerusi DUN di enam negeri selesai antara komponen PN “Gerakan tiada masalah bertanding sedikit kerusi kerana tujuan utama adalah memenangkan calon kita.”

Mengikut pengagihan diputuskan PN pada 22 Jun lalu, PAS akan bertanding 126 kerusi, Bersatu di 83 kerusi dan Gerakan di 36 kerusi.

Mak percaya Sanusi ikhlas membuat pelawaan itu dan Gerakan menyambut baik saranan berkenaan, malah sedia mengorbankan kerusi ditetapkan untuknya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Cadangan itu baik, walaupun telah tetapkan tetapi kalau MCA dan MIC, keluar daripada BN masuk PN, kita boleh bincang balik bersama,” katanya kepada FMT.

“PN ikhlas (tawarkan) dan jika mereka (MCA MIC) datang, kita akan tawarkan (kerusi Gerakan). Saya setuju dengan cadangan tersebut,” katanya mengulas tawaran Sanusi kepada komponen BN itu bertanding di kerusi campuran pada PRN enam negeri.

Sanusi juga tidak menolak keputusan MCA dan MIC tidak bertanding PRN sebagai isyarat bantahan terhadap Zahid Hamidi sebagai pengerusi BN.

PRN akan diadakan pada 12 Ogos ini di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Bagaimanapun, pendirian Gerakan itu berbeza dengan nada Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang berkata rundingan kerusi dengan Pejuang tidak boleh dilaksanakan kerana agihannya dengan parti komponen PN telah selesai.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, sebaiknya Pejuang diketuai bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir menyokong calon PN jika tidak mahu undi Melayu berpecah.

胡栋强促曹观友 开紧急会议商治水对策

胡栋强促曹观友 开紧急会议商治水对策

(槟城7日讯)民政党槟州主席胡栋强促请槟州首长曹观友,不要再逃避峇央峇鲁一雨成灾的严重问题,同时应该立刻召开各相关部门紧急会议,以寻求对策,别让槟岛西南区人民长期生活在淹水之苦中。

baca lagi
刘华才:按国际油价变化 马柴油应每公升RM2.62

刘华才:按国际油价变化 马柴油应每公升RM2.62

(吉隆坡7日訊)民政党全国主席刘华才說,根据近期国际市场油价变化情况,按照现行成品油价格形成机制,国际柴油的价格相等于每公升2.62令吉,因此,他不明白为何团结政府却把西马的柴油零售价定在每公升3.16令吉,以致國內每公升的柴油價格比國際柴油價格高出54仙之多。

baca lagi