Siaran Akhbar

Kadar jenayah meningkat,membimbangkan keselamatan awam

Ogo 22, 2024

Sejak kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan peningkatan ketara dalam kadar jenayah, yang membangkitkan kebimbangan terhadap keselamatan awam.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor sahaja telah mencatatkan 13,740 kes jenayah sepanjang tahun ini, menunjukkan lonjakan yang agak membimbangkan.

Situasi ini telah menimbulkan rasa takut dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi dengan insiden pembunuhan tragis yang mendapat liputan meluas, termasuk kes pembunuhan Cikgu Istiqomah yang dikerat dan dibunuh secara kejam.

Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki dilaporkan membunuh isteri dan anak perempuannya sebelum membuang mayat mereka ke dalam longkang.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa keselamatan di Malaysia semakin terancam, dan rakyat kini merasa kurang selamat untuk menjalani kehidupan seharian mereka.”Lebih membimbangkan, terdapat bukti yang menunjukkan peningkatan kadar jenayah ini berkait rapat dengan isu kesihatan mental yang tidak ditangani dengan berkesan”

Data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa gangguan mental menjadi semakin umum dalam kalangan rakyat, dengan peningkatan sebanyak 30% dalam bilangan kes baru yang direkodkan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Sebilangan besar daripada mereka yang terlibat dalam kes-kes jenayah keganasan didapati mempunyai sejarah masalah kesihatan mental yang tidak dirawat.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengkaji semula dan memperkukuh sistem keselamatan negara. Ini termasuk meningkatkan bilangan anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi beruniform untuk membuat rondaan lebih kerap di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas jenayah.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberikan perhatian yang lebih serius terhadap isu kesihatan mental.

Akses kepada perkhidmatan kesihatan mental perlu ditingkatkan, termasuk melalui penyediaan lebih banyak kempen kesedaran, perkhidmatan kaunseling, dan rawatan yang mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Datuk Parameswaran
Naib Presiden
GERAKAN

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

不切实际更会徒增纷争,民政反对增设非伊事务部长

民政党团结部主任拿督斯里贞德兰批评行动党议员邹宇晖建议拆分宗教事务部长职务,设立“非伊斯兰事务部长”,认为此举不仅无助于国家和谐,反而可能制造更多宗教纷争。他强调,政府应将精力放在解决人民生活成本问题,而非增加行政机构和国家开支。

baca lagi
Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

Reformasi kepada menteri-menteri yang sedia sebelum wujdukan jawatan baru

GERAKAN membantah cadangan pemecahan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama, menyatakan ia hanya akan memburukkan perpecahan kaum dan agama tanpa manfaat kepada rakyat. Dato’ Sri Chandara Balabedha menegaskan bahawa kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada reformasi menteri sedia ada dan isu lebih mendesak seperti kos sara hidup serta krisis bekalan makanan.

baca lagi
Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Cuci Menteri-Menteri Kabinet pada Hari Cuci Malaysia

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menggesa Anwar Ibrahim melakukan pembersihan Kabinet bagi menyingkirkan menteri yang gagal menjalankan tugas. Beliau menamakan beberapa menteri yang harus digugurkan, sambil menegaskan bahawa rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan jika perubahan tidak dilakukan segera.

baca lagi
Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Madani gagal tangani rasuah kedudukan Malaysia tercorot

Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, mengecam kerajaan kerana prestasi buruk dalam membanteras rasuah, dengan Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah global. Beliau mendesak SPRM dan institusi kehakiman diberi kuasa penuh untuk bertindak tanpa campur tangan politik, serta menuntut tindakan tegas terhadap semua kes rasuah tanpa pilih kasih..

baca lagi
连续2年排57 政府打贪不力

连续2年排57 政府打贪不力

民政党全国主席拿督刘华才狠批团结政府打贪力度不足,导致我国在全球贪污印象指数排名停滞不前。他要求政府及反贪会采取更有力行动,彻查所有贪腐案件,并质疑首相安华为何迟迟未对涉及滥权的幕后指使者采取行动,强调打贪不能只是口号,而必须有实际成效。

baca lagi