Berita Gerakan

Kalimah Allah: GERAKAN puji pendirian Hadi

Mac 19, 2021

Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai pendirian parti itu terhadap penggunaan kalimah Allah hari ini mendapat pujian parti komponen Perikatan Nasional (PN), Gerakan.

Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong berkata parti itu menyambut baik kenyataan Abdul Hadi yang berpendapat tiada sesiapa boleh menghalang mana-mana pihak menggunakan kalimah berkenaan.

Katanya kenyataan Abdul Hadi itu merupakan sikap yang meraikan kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia.

Ia juga kata Mak menambah keyakinan Gerakan kepada PN bahawa gabungan berkenaan komited dengan agenda perpaduan nasional dan kesaksamaan dalam semua perkara termasuk dalam kehidupan beragama.

“Gerakan menghargai kenyataan tersebut yang datang daripada seorang tokoh Islam yang amat dihormati oleh kita semua, dan ianya juga akan meningkatkan semangat saling hormat-menghormati dan memberi ruang kepada semua dalam memahami isu tersebut.” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada 12 Mac lalu Abdul Hadi berkata sesiapa pun tidak harus dilarang daripada menggunakan perkataan Allah sama ada seseorang itu Muslim atau penganut agama lain.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu juga berkata mereka tidak boleh dilarang menggunakan kalimah Allah sama ada melalui ucapan atau tulisan.

Jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah,” katanya.

Pun begitu, kata Abdul Hadi, perlu juga dilihat pada tujuan penggunaan kalimah tersebut, bukan sekadar lafaz dan ungkapan semata-mata.

Jika kalimah Allah itu mahu digunakan untuk mengelirukan atau menghina penganut Islam, katanya, maka harus ada sempadan dan hukumnya.

Pun begitu tidak semua menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.

Beberapa kumpulan pendesak Melayu bahkan mendesak kerajaan agar membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Mak berkata kenyataan Abdul Hadi selaras dengan prinsip Rukun Negara yang dirangka sebagai landasan untuk mencapai perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Gerakan percaya Islam sebagai agama rasmi persekutuan mementingkan kesaksamaan dan menghormati kebebasan beragama yang lain, sejajar dengan peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan.

“Sebagai anggota parti dalam PN Gerakan akan sentiasa mempertahankan kepelbagaian kebudayaan dan agama, dan memastikan perpaduan sebagai asas kepada pembentukan agenda kemalaysiaan,” katanya.

政府应回扣水电费应对酷热天气

政府应回扣水电费应对酷热天气

(槟城16日讯)民政党全国妇女组署理主席王煦棱呼吁政府,关注目前全国范围内酷热天气问题,并采取必要措施协助人民应对,其中包括给予人民水电费折扣,以减轻他们的经济负担。

baca lagi