Siaran Akhbar

Kebangkitan Pemuda GERAKAN dalam PRU15

Apr 19, 2021

GERAKAN Youth Development Programme diharapkan menjadi wadah kepada Pemuda GERAKAN untuk kembali aktif dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke – 15.

Menurut Pemangku Ketua Pemuda GERAKAN, Wong Chia Zhen, program yang berlangsung selama dua hari di Port Dickson tersebut menandakan kebangkitan Pemuda GERAKAN.

“Saya berharap program ini dijadikan titik permulaan untuk Gerakan Youth kembali aktif dalam memperjuangkan agenda anak muda.

“Selain daripada berharap momentum ini boleh dikekalkan sehingga PRU-15 yang akan datang.

Katanya dalam satu kenyaataan semalam ketika memberi ucapan alu-aluan.

Chia Zhen memaklumkan, Pemuda GERAKAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden Datuk Dr. Dominic Lau dan pimpinan pusat di atas kesudian mereka memberi kerjasama sepanjang program berlangsung.

Jelasnya, progam yang disertai hampir 80 Pemuda GERAKAN itu dilihat mencapai kesepakatan dan hala tuju yang ditetapkan. Namun, semuanya bergantung kepada negeri masing-masing untuk melaksanakannya.

Dalam pada itu, Chia Zhen berkata, progam kali ini amat istimewa kerana ini adalah buat kali pertama penglibatan daripada ARMADA Bersatu Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Pemuda GERAKAN mengucapakn setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Senator Ir. Ts. Khairil Nizam selaku Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Yang Berhormat Hilman Idham selaku Ketua Penerangan Pemuda Perikatan Nasional, Sdr. Muhammad Fais Rahmad, Penolong Setiausaha ARMADA Bersatu Malaysia dan Datin Ema Syuhaili selaku Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional atas kesudian untuk menghadiri program tersebut.

“Kehadiran mereka dengan beberapa pemimpin dari Armada dan Pemuda PAS yang lain memberi peluang kepada para Pemuda GERAKAN untuk lebih mengenali rakan seperjuangan di arena politik.

“Keputusan meninggalkan Barisan Nasional selepas GERAKAN ditolak oleh rakyat dalam PRU14 adalah untuk mencari wadah perjuangan baru.

GERAKAN sedar bahawa rakyat secara amnya menerima GERAKAN sebagai telus dan berintegriti walaupun ada unsur yang perlu ditingkatkan lagi. GERAKAN selama ini berpatuh kepada konsep kesederhanaan dalam memperjuangkan ideologi parti.

Kini dalam Perikatan Nasional, GERAKAN tetap akan memperjuangkan dan memastikan suara dan luahan di segenap lapisan masyarakat didengari oleh kerajaan.