Slide Join Us Contribute Join Us Contribute

Siaran Akhbar

Kekejaman Zionis Israel Terhadap Palestin Bukan Hanya Isu Kemanusian

Mei 17, 2021

Bermula dengan serangan di Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan, sehingga kini rakyat Palestin di Gaza terus diserang dengan ganas dan kejam oleh rejim Zionis Israel.

Melihat keadaan yang semakin parah ini, Setiausaha Agung Parti GERAKAN, Sdr. Mak Kah Keong berkata, ini adalah tindakan yang amat tidak berperikemanusiaan dan harus ambil tindakan tegas.

“Apa yang saya tahu, kediaman mereka dibom. Ramai rakyat Palestin yang telah kehilangan nyawa dan cedera. Wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali.

“Kita mahu Zionis Israel bertanggungjawab atas kematian para syuhada, kemusnahan bangunan, dan kecederaan rakyat Palestin yang tidak berdosa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semua pihak sepatutnya berusaha mencari solusi yang lebih tegas dan konkrit termasuk mengenakan tekanan politik dan pemencilan antarabangsa ke atas rejim Zionis Israel ini.

Kita juga melihat rakyat Malaysia bersatu hati menantang keganasan Zionis Israel walaupun melalui media sosial. Kesedaran ini amat bagus dan perlu dicontohi.

Dalam pada itu, Parti GERAKAN mendukung tindakan kerajaan Palestine yang penuh nasionalisme komited berjuang bagi mempertahankan tanah air mereka.

“Isu Palestin harus dipandang serius. Tanah Palestin merupakan milik rakyat Palestin secara sejarah dan undang-undang. Kehadiran militan Israel mengaku Palestin milik mereka pada tahun 1948 dan kemudiannya secara strategik menghalau penduduk asal adalah satu tindakan ‘Settler Colonialism’ yang terkutuk.

“Isu ini juga bukanlah semata-mata isu kemanusiaan tetapi ia juga mengenai soal penjarahan asing yang merampas tanah milik penduduk asal.

Malangnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih tidak bersuara walaupun serangan Zionis Israel jelas telah mencabuli hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Malah jelas ia sebuah jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Oleh itu, Parti GERAKAN menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia dan semua negara untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel dan mengambil tindakan politik yang lebih keras.

MAK KAH KEONG
Setiausaha Agung
Parti Gerakan Rakyat Malaysia
17 Mei 2021

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

师生安全为考量 续线上教学 关中10月不开课

(关丹7日讯)关丹中华中学不会同步于10月3日上实体课。 关丹中华中学校长蔡若峰表示,尽管教育部已宣布10月3日开学,但校方在考量到师生的安全,和过去的网课出席率高达90%、线上考试顺利等因素后,决定不同步上实体课,继续以线上教学方式授课。 “关中有条件不仓促上实体课。” 他是今日出席民政党彭亨州团队移交捐款和援助品给关中清贫学生的移交仪式后受访时,这么指出。 大部分学生未接种 蔡氏说,关中全体60名教职员已经完成接种两剂冠病疫苗,但是,碍于大部分学生还没有接种疫苗,仍有感染和传播的风险,因此,他们决定展延开学。...

baca lagi