Siaran Akhbar

Kembali Tumpu Lawan COVID-19, Awas Dengan Pemalsuan Dan Eksplotasi Berita

Ogo 1, 2021

1. Kami menjunjung kasih atas titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti yang dizahirkan baru-baru ini. Titah KDYMM Tuanku memperlihatkan iltizam Baginda mahu memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

2. Kami mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti-parti dalam kerajaan serta ahli-ahli parlimen yang telah dengan tuntas menyatakan sokongan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Kabinetnya untuk terus memimpin negara mendepani cabaran Covid-19. Ini adalah keutamaan sebenar negara pada waktu ini, demi kebaikan rakyat keseluruhannya.

3. Kami menyeru seluruh lapisan masyarakat meneliti siri penjelasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan mengenai situasi terkini. Terlalu banyak pihak yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan untuk menyelamatkan diri, termasuklah dengan mencipta berita-berita palsu dan mengeksploitasi situasi semasa melalui media sosial. Rakyat mesti peka dengan gerakerja yang tidak bertanggungjawab ini, dan sentiasa merujuk kepada sumber-sumber yang sahih untuk mengetahui situasi yang sebenar.

4. Kami menyeru supaya tumpuan kita dikembalikan kepada usaha menjaga kesihatan rakyat dan membina semula ekonomi negara melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional yang telah dirangka oleh Kerajaan.

5. Sebagai jentera penerangan parti-parti dalam kerajaan, kami berikrar untuk terus membantu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pucuk pimpinan semua parti menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan, terutama dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan,
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

CHIN VUI KAI
Ketua Penerangan,
Parti Maju Sabah (SAPP)

JEFFREY KUMIN
Ketua Penerangan,
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)

KOO SHIAW LEE
Ketua Penerangan,
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)

DATUK V GUNALAN
Ketua Penerangan,
Malaysian Indian Congress (MIC)

CHAN QUIN ER
Pengerusi Biro Penerangan,
Malaysian Chinese Association (MCA)

YONG LI NA
Setiausaha Penganjur Kebangsaan,
Parti Demokratik Progresif (PDP)

YB DATUK JULITA MAJUNGKI
Ketua Penerangan,
Parti Bersatu Sabah (PBS)

DATO’ IDRIS BUANG
Ketua Penerangan,
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

DATUK WILFRED NISSOM
Ketua Penerangan,
Parti Rakyat Sarawak

ADAM YII
Setiausaha Publisiti dan Penerangan Pusat,
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi