Siaran Akhbar

Kenyataan tuntut Pas serah kerusi DUN Kota Lama mengejutkan

Feb 15, 2021


Merujuk kepada kenyataan media Gan Thuan Bun, pembantu setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan yang menyatakan Parti PAS seharusnya menyerahkan sekurang-kurangnya satu kerusi DUN, iaitu DUN Kota Lama kepada Gerakan untuk ditandingi dalam PRU 15.

Kenyataan media tersebut agak mengejukkan semua pihak dimana ia diluar jangkaan dan pengetahuan pusat. Kenyataan tersebut memang akan memberi kesan negatif kepada hubungan silaturahim Parti Komponen Perikatan Nasional, kata Mak Kah Keong, Setiausaha Agung Parti GERAKAN.

Beliau berkata, Kebebasan bersuara tidak harus mecetuskan kortoversi lebih lebih lagi Gerakan baru menyertai PN dan tidak berniat bertanding di kawasan tersebut .

“Masih awal lagi untuk membincangkan sebarang isu berkaitan pengagihan kerusi pilihanraya dan perkara itu perlu diputuskan oleh kepimpinan pusat parti. Jangan cetuskan kontroversi.”

Beliau menjelaskan bahawa agenda utama GERAKAN dan PN adalah menjaga kebajikan rakyat dan membantu untuk memulihkan ekonomi dengan secepat mungkin.

“Sekarang bukanlah masa untuk membincang pengagihan kerusi dan Pilihan Raya Ke-15. Ketika ini kita semua harus fokus dan beri keutamaan untuk menangani wabak COVID-19 dan merangka pelan pemulihan pasca pandemik”.

Beliau berkata, GERAKAN bersama dengan parti-parti dalam Perikatan Nasional akan berusaha memastikan keadaan negara pulih sepenuhnya, ini termasuk kesejahteraan rakyat. Bab pilihanraya, kita tunggu selesaikan agenda rakyat dulu.