Siaran Akhbar

Kerajaan Anwar buat lantikan politik lebih daripada 10 orang sepanjang bulan March

Mac 29, 2023

GERAKAN mengkritik Kerajaan Campuran yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat lebih daripada sepuluh lantikan politik sepanjang bulan March ini.

Presiden Nasional GERAKAN Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, hampir separuh daripada lantikan itu adalah pemimpin UMNO yang mencetus tanya tanya adalah penglibatan kerajaan dalam ‘transaksi politik’ atau nepotisme.

Beliau berkata, keadaan politik di Malaysia tidak stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, adalah sukar untuk tidak menganggap lantikan politik ini sebagai transaksi politik yang bertujuan untuk mengekalkan rejim.

“Pemimpin UMNO yang dilantik sebagai struktur syarikat kerajaan dibuat sebelum dan selepas pemilihan parti UMNO. Ini bermakna pelantikan ini mungkin persetujuan antara UMNO dan PH.

“UMNO adalah salah satu parti pemerintah di Malaysia, tetapi kini pengaruh UMNO telah beransur-ansur merosot. Pelantikan ini mungkin usaha kerajaan Anwar untuk menstabilkan UMNO dan meluaskan pengaruh kerajaan.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, bulan ini Kerajaan Campuran melantik Muhammad Bakhtiar Wan Cik (PKR) sebagai Pengerusi MyCreative Venture Sdb Bhd, Asyraf Wajdi Dusuki(UMNO) sebagai Pengerusi MARA, Ahmad Jazlan Yaakub(UMNO) Pengerusi FELCRA Berhad Chairman, Husam Musa(AMANAH)Pengerusi SPNB,Mohd Khairuddin Aman Razali(UMNO) sebagai Penasihat Agama, Bernard Giluk Dompok(UPKO)Pengerusi SME Corporation,Noraini Ahmad(UMNO) Pengerusi RISDA dan Abdullah Sani Abdul Hamid(PKR) Pengerusi TEKUN, Mohd Sany Hamzan(AMANAH) Timbalan Pengerusi TEKUN, Shaik Hussein Mydin(UMNO) sebagai Pengerusi PERDA, Charles Santiago (DAP) sebagai SPAN.

Beliau menegaskan, pendekatan kerajaan Anwar sangat tidak bertanggungjawab dan ini merupakan permulaan guna kuasa untuk kepentingan peribadi, memberi jawatan kanan kepada penyokong dan kroni mereka sahaja. Mereka bukan melantik mengikut kelayakan atau kemampuan seseorang individu.

Tambah Dominic Lau, pendekatan sedemikan akan menyebabkan kerajaan kehilangan kepercayaan dan sokongan orang ramai dan juga boleh membawa kepada krisis politik.

“Sama ada disebabkan ‘transaksi politik’ atau nepotisme, pelantikan ini jelas melanggar komitmen atau perjuangan kerajaan.Amalan ini akan membawa kepada penurunan kecekapan pengurusan kerajaan kerana mereka ini tidak dipilih secara prosedur.

“Jika pelantikan pemimpin UMNO ini didorong oleh nepotisme, maka kerajaan Anwar akan hilang kepercayaan dan sokongan orang ramai,” jelasnya.

Kerajaan Campuran semasa kempen pilihan raya, telah berjanji untuk menamatkan pelantikan politik. Namun, apa yang mereka lakukan sekarang sedang berjalan ke arah yang bertentangan

Kerajaan sepatutnya menunaikan janji dengan tindakan praktikal, bukannya mungkir janji selepas mendapat kuasa. Ini bukan sahaja akan merosakkan reputasi kerajaan, tetapi juga keyakinan orang ramai yang Kerajaan Campuran sekarang tidak serupa bikin.

Dominic mengingatkan kerajaan Anwar bahawa prinsip keadilan dan ketelusan mesti dipatuhi dalam mana-mana pelantikan bagi memastikan orang yang dilantik mempunyai keupayaan dan bakat yang diperlukan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kerajaan dan kepercayaan awam.

YB SENATOR DATUK
DR DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL GERAKAN

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi