Siaran Akhbar

Kerajaan campuran jelas tidak menepati piawaian – kes rasuah

Apr 18, 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai rasa kecewa kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kerana prestasi kerajaan campuran jelas tidak menepati piawaian politik dan moral yang sepatutnya dituntut.

Sebelum ini, parti pembangkang meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah didakwa di mahkamah mengambil cuti, tetapi Perdana Menteri dan Menteri-menteri di dalam kerajaan campuran memberi alasan bahawa Ahmad Zahid Hamidi belum dihukum.

Kini Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar ditahan oleh SPRM, tetapi Anthony Loke memberi alasan sekali lagi, ia V Sivakumar belum didakwa, hanya memberi kerjasama, jadi tidak perlu merehatkan.

Dominic Lau mempersoalkan Anthony Loke bahawa keadaan apa agar pemimpin kerajaan campuran perlu merehatkan. Ini disebabkan setakak situasi semasa nampaknya, tidak kira sama ada pemimpin kerajaan campuran didakwa di mahkamah atau dipanggil oleh SPRM untuk memberi kerjasama pun tidak perlu merehatkan.

“Adakah Menteri PH ingin menunggu sehingga hari mereka masuk penjara hanya perlu mengambil cuti”?

“Tingkah laku pemimpin politik perlu diteliti secara ketat oleh rakyat”, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dominic Lau turut menerangkan, sebelum PH berkuasa, apabila seorang pemimpin politik parti pemerintah yang terbabit rasuah, pemimpin DAP mesti minta orang yang terlibat mengambil cuti dengan segera.

Seperti contoh, semasa isu pemilikan saham Azam Baki berlaku, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP pada masa itu terus minta Azam Baki mengambil cuti.

Selain itu, Lim Kit Siang juga minta Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang terlibat dalam skandal rasuah hartanah di Johor pada masa itu bercuti. Kenapa kini DAP menjadi kerajaan, pemimpin mereka yang terlibat dalam rasuah tidak perlu bercuti?

“Apatah lagi, Setiausaha Sulit dan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada V Sivakumar yang ditahan oleh SPRM sudah digantung. Ini double standard?”

Beliau turut mengingatkan Anthony Loke dan pemimpin DAP bahawa pemimpin yang terlibat dalam kes rasuah harus mengambil inisiatif untuk menjelaskan kepada rakyat. Jika terlibat Menteri atau Timbalan Menteri, mereka juga perlu bercuti dan menerima penyiasatan.

Dominic Lau percaya pemimpin politik tidak sepatut mempunyai keistimewaan dan harus mengikut prosedur undang-undang yang sama seperti semua rakyat. Pemimpin politik juga perlu menangani semua tuduhan secara jujur dan adil. Ini amat penting untuk mengekalkan sistem demokrasi dan kepentingan awam.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi