Berita Gerakan

Kerajaan DAP guna kekerasan tangani isu petani – Gerakan

Mac 30, 2022

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan DAP tidak menggunakan kekerasan dalam menangani isu petani di negeri ini.

Ia susulan garis panduan Keselamatan Aktiviti Penanaman Cerun 2021 yang tidak begitu jelas dan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan negeri mengemukakan permohonan penanaman di lereng bukit selewat-lewatnya pada 30 Jun ini.

Jurucakap Gerakan Kawasan Sungai Pinang, Mok Kok On berkata, sekiranya gagal petani terbabit bakal berdepan hukuman, sekali gus kerajaan negeri dilihat seolah-olah memaksa petani supaya mengemukakan permohonan.

“Kerajaan negeri perlu memberi perhatian berkaitan luahan petani buah-buahan di negeri ini kerana syarat permohonan terlalu ketat selain terdapat perincian yang terpaksa menanggung kerugian.

“Ramai dalam kalangan petani masih tidak tahu isi kandungan garis panduan baharu itu sehingga takut untuk memohon,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri seharusnya memahami nasib petani dan cuba untuk membantu mereka menyelesaikan masalah bukannya menggunakan kaedah kekerasan. – MalaysiaGazette

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

黄佳祯拨齐灵坛斗母宫3000

(双溪大年7日讯)由双溪大年齐灵坛斗母宫九皇大帝承办的“2024年第九届吉中九皇大帝巡境大游行”,15支来自各九皇大帝斗母宫及商家队伍参与,华丽的花车及庞大游行队吸引数以干计民众驻足围观,炮竹烟花伴随舞龙表演,庄严热闹。

baca lagi