Siaran Akhbar

Kerajaan Madani dilihat sekali lagi memanipulasikan isu berkaitan peruntukkan.

Jun 6, 2024

KENYATAAN MEDIA
6 JUN 2024

Kerajaan Madani dilihat sekali lagi memanipulasikan isu berkaitan peruntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk menutup ketidakadilan kepada rakyat yang memilih wakil rakyat bukan daripada Kerajaan.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata, kali ini melibatkan Parliman Muar dikatakan Kerajaan Madani memperuntukkan RM316 juta ataupun 2.7 juta. Namun YB Syed Saddiq ahli Parlimen kawasan terbabit mengatakan ini satu kebohongan Kerajaan Madani kerana kelulusan tersebut hanya untuk pembangunan bukan mengurus.

Walaupun tidak terlibat secara langsung, sebagai rakan komponen Perikatan Nasional, GERAKAN akui isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang berlarutan seolah-olah tiada kesudahan boleh diibaratkan ‘kusut di hujung dengan pangkal’.

Sekiranya Kerajaan Madani mahu mengamal ‘politik dendam’ ataupun ‘witch hunting’ tetapi jangan terlampau menindas dan ‘ikat’ pilihan rakyat dengan peruntukkan yang tidak adil iaitu RM4 juta untuk Ahli Parlimen Kerajaan tetapi RM0 untuk Ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Koo, sampai bila Kerajaan Madani mahu menafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyatnya sendiri. Malah menurut YB Syed Saddiq beliau sudah berjumpa sebanyak lapan kali untuk membincang hal berkaitan peruntukkan.

Semasa pilihan raya sebelum ini Pakatan Harapan dalam ‘tawaran harapan’ mengatakan bakal menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya sama rata. Kononnya wakil rakyat parlimen akan diberikan sama rata peruntukkan tidak mengira parti demi kepentingan rakyat. Namun hari ini, bila jadi kerajaan Pakatan Harapan seperti hilang ingatan.

Tambah beliau, Ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya disekat menerima peruntukan, amalan ini tidak seharusnya berlaku lagi pada era politik moden. Sekatan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang seolah-olah politik Malaysia masih belum matang dengan sebaiknya.

Apabila kita memikirkan masa depan Malaysia, adalah penting untuk memastikan bahawa semua kawasan Parlimen, termasuk yang dikuasai oleh pembangkang, menerima peruntukan yang adil dan mencukupi untuk pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat.

Jika kita mahu melihat Malaysia maju dan berjaya, adalah penting bagi pihak berkuasa untuk memastikan bahawa peruntukan disalurkan secara adil kepada semua kawasan, tanpa mengira parti politik yang memerintah. Ini adalah tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa setiap rakyat Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan negara.

Koo Shiaw Lee
Naib Presiden
merangkap Pasukan Petugas Khas PRU & War Room
Parti Gerakan Rakyat Malaysia

胡栋强讥安华上台即降油价

胡栋强讥安华上台即降油价

(槟城11日讯)民政党署理主席胡栋强调侃首相拿督斯里安华,如果没患上选择性失忆症,不该只记得2008年的事,而忘了过后的,甚至是发生在2022年的事!

baca lagi