Siaran Akhbar

Kerajaan Madani tidak endah dengan keperitan rakyat di bawah

Jun 10, 2024


Sekali lagi rakyat dibelakangkan, polisi terbuntu diutamakan, pengumuman Kerajaan Madani sememangnya tidak endah dengan keperitan rakyat Malaysia hari ini yang terpaksa berdepan kesusahan untuk menjalani kehidupan seharian akibat kegagalan Pakatan Harapan- Barisan Nasional menguruskan ekonomi negara. Kononnya, segalanya baik baik belaka, sebaliknya rakyat marhaen ditekan setiap hari!

Rakyat Malaysia di ibarat sudah jatuh ditimpa tangga ekoran daripada pengumuman kenaikkan harga diesel B7 RM3.35 selitar dan d B10 RM3.55 mulai esok.

GERAKAN mengutuk tindakan Rafizi Ramli, dan Anwar Ibrahim mengorbankan kebajikan kerana kenaikkan harga diesal tersebut siapa yang tanggung? Sudah semestinya rakyat yang dibawah bukannya golongan T20 dan warga asing seperti mana alasan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim.

Saya percaya formula ini hanya menyusahkan rakyat dan akan menyebabkan harga barangan asas termasuk makanan semakin meningkat dan kos tersebut peniaga akan meletakkan kepada pengguna untuk tanggung.

Idea inisiatif Budi Madani tunai sama sekali tidak relevan dengan kenaikkan harga diesel sehingga RM1.20 sen. Dengan penghapusan subsidi diesel ini keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Pakatan Harapan kerana mereka menentukan jumlah peruntukan yang sampai kepada rakyat.

Saya yakin dan pasti formula Kerajaan Madani ini adalah gagal dan akan secara langsung menyusahkan rakyat seperti mana formula Menteri Formula Rafizi Ramli berkaitan isu kenaikkan nilai mata wang Ringgit dengan kadar dasar semalam.

Dulu semasa menjadi pembangkang, PMX kata pemimpin yang beri alasan subsidi mengenai minyak atau diesel perlu dihumban. Jadi patutkah wahai rakyat Malaysia?

GERAKAN menolak tindakan kenaikkan harga diesel dan berjanji akan sentiasa menjadi suara rakyat demi kepentingan dan kesejahteraan negara.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN