Siaran Akhbar

Kerajaan Madani tidak mahir dalam menganalisis masalah

Jun 23, 2024

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menyatakan bahawa pentadbiran kerajaan Anwar tidak menjalankan pertimbangan yang mendalam dalam melaksanakan dasar-dasar mereka, sehingga rakyat terpaksa menanggung akibat daripada dasar-dasar yang tidak bertanggungjawab.

Dominic Lau berpendapat bahawa kerajaan Madani tidak mahir dalam menganalisis masalah dan meneroka penyelesaian yang berkesan ketika melaksanakan keputusan negara, yang menyebabkan pembaziran sumber dan peningkatan kos sosial.

Mengulas mengenai isu Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Dominic Lau berkata menyatakan bahawa taktik kerajaan PH-BN pengecut dan sama seperti pepatah Cina, “Tak kisah jambatan buruk, yang penting boleh guna”.

Dalam PRK Kuala Kubu Bharu (KKB) yang lalu, Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 13%. Seterusnya dalam PRK Sungai Bakap ini, Anwar tiba-tiba mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam dengan gaji minimum RM2000, berbanding gaji minimum sektor swasta yang kini RM1500.

Selain itu, dalam PRK KKB juga, dana yang diperuntukkan adalah RM5.21 juta; kali ini, dana yang diumumkan adalah RM290,000 (untuk 9 masjid dan 20 surau); dan RM17.75 juta (untuk membina balai bomba dan penyelamat, menaik taraf pasar, tempat ibadat bukan Islam).

Walaupun jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil baru-baru ini mengatakan bahawa Perdana Menteri telah mengingatkan anggota Kabinet agar tidak melanggar sebarang undang-undang pilihan raya semasa tempoh pilihan raya, walaupun Kabinet tidak membincangkan garis panduan pengumuman peruntukan secara spesifik.

Namun mereka hanya pandai bercakap tetapi tindakan Kerajaan Madani tetap sama apabila menjelang pilihanraya. Penipuan yang berulang, namun masih ramai yang terjebak. Walaupun telah berkali-kali ditipu, rakyat masih memilih untuk percaya, menunjukkan betapa baik hati pengundi.

Dalam pada itu, Dominic Lau berkata, kedudukan Malaysia dalam Carta Daya Saing Dunia telah menyaksikan penurunan ketara, jatuh ke tangga ke-34 daripada 67 negara yang dinilai. Ia juga meletakkan Malaysia ketinggalan di belakang Indonesia dan Thailand dalam elemen daya saing.

Beliau berkata, dari segi domestik, dasar kewangan kerajaan bukan sahaja gagal mengawal inflasi dengan berkesan, malah memperburuk keadaan ekonomi.

Kerajaan telah meningkatkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada 8%, membatalkan subsidi diesel yang menyebabkan harga diesel melambung 55%, dan melaksanakan sistem e-invois secara paksa, yang semuanya telah meningkatkan beban sektor perniagaan dan rakyat.

Langkah-langkah ini semuanya dilakukan atas nama “menyelamatkan negara”, tetapi sebenarnya hanya menambah masalah inflasi, membinasakan taraf hidup rakyat.

Beliau menegaskan bahawa sejak Anwar mengambil alih dan mentadbir negara, hampir tiada satu pun berita baik yang menggembirakan rakyat. Pelbagai masalah negara terus berkumpul, termasuk pertumbuhan ekonomi yang perlahan, penurunan nilai ringgit, dan peningkatan kos hidup.

YB Senator
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

吉打兑现承诺 首批7.5万拨8所华小

(亞羅士打26日訊)吉打州政府兌現承諾,今日移交7萬5000令吉給首批受惠的8間華校,大臣拿督斯里莫哈末沙努西在主持移交儀式上也允諾,州政府給予華校的撥款,將會隨著州政府的稅收增加,撥款也將隨之增多。

受惠學校有吉北的文德華小、農村華小;吉中的平民華小、新民華中;吉南的益智華小、老火較華小、中正華小及西嶺華小。除了益智華小獲5000令吉,其他7校各獲1萬令吉。

baca lagi