Berita Gerakan

Kerajaan negeri perlu beri penjelasan isu terowong dasar laut

Mac 28, 2022

GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang diminta memberi penjelasan berhubung ulasan bertulis daripada dua agensi penting yang didakwa diminta selepas perbentangan penemuan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut.

Perbentangan itu dibuat syarikat konsesi, Consortium Zenith Construction (CZC) serta perunding mereka dalam Mesyuarat Exco pada Februari lalu.

Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Baljit Singh berkata, perkara itu harus diperjelaskan segera bagi mengelakkan banyak persoalan timbul terhadap projek mega berkenaan.

“Banyak persoalan timbul apabila kerajaan negeri hanya meminta ulasan bertulis daripada dua agensi penting iaitu Penang Port Comission dan Penang Port Sdn Bhd selepas CZC membentangkan penemuan kajian kebolehlaksanaan projek itu.

“Kenapa selepas perbentangan dan bukannya sebelum? Nampak seolah-olah perbentangan itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Sepatutnya kerajaan negeri tunggu ulasan bertulis dari dua agensi dahulu sebelum perbentangan kajian kebolehlaksanaan projek.

“Ini yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan negeri memandangkan projek terowong dasar laut ini penuh kontroversi sejak ia mula diumumkan oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Baljit berkata, kerajaan negeri perlu menghentikan daripada memperbodohkan rakyat Pulau Pinang dalam melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion itu.

“Kerajaan negeri perlu telus dalam melaksanakan projek ini, tambahan pula ia dijalankan ketika kes rasuah melibatkan Guan Eng sedang berlangsung di mahkamah,” katanya.

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

强硬执行国文教数理政策 方志伟轰教育部开倒车

(槟城30日讯)民政党总财政方志伟炮轰团结政府教育政策开倒车,不顾家长与社会的反对,更不惜牺牲学生的前途,一意孤行落实国文教数理政策!

他说,团结政府强硬执行国文教数理政策,肯定将影响学生的出路,并削弱大马年轻一代的竞争力。

baca lagi
电子发票小商贩冲击大

电子发票小商贩冲击大

百货通膨,经济不景,电子发票(e-Invoice)制度一旦仓促全面落实,无疑是雪上加霜,不仅加重小贩及商家们的负担,对于年迈及生意不佳的小贩更是带来严重的冲击, 政府是要他们“提前结业”吗?

baca lagi