Slide SERTAI KAMI SUMBANGAN SERTAI KAMI SUMBANGAN

Berita Gerakan

Kerajaan perlu asingkan sisa klinikal

Apr 4, 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya mempertimbangkan pengasingan sisa klinikal di semua lokasi pusat pembuangan sampah seperti tempat pengasingan bahan kitar semula untuk mengelakkan lambakan bahan-bahan klinikal di tempat-tempat awam.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, langkah itu wajar dilakukan bagi mengelak pencemaran dan jangkitan penyakit lain.

Katanya, penggunaan yang bersifat sementara menyebabkan hasil pembuangannya menjadi semakin banyak terutamanya di pusat kesihatan seperti hospital dan klinik.

“Selagi rangkaian Covid-19 masih belum dapat diputuskan, penggunaan alat kesihatan sedemikian akan terus meningkat.

“Oleh itu, pengasingan sisa klinikal ini wajar dilaksanakan dan diurus dengan baik demi keselamatan bersama.” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Dominic, kerajaan perlu melaksanakan pengasingan sisa klinikal untuk mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar dalam negara.

Ujarnya, dengan cara itu, rakyat akan lebih berdisplin untuk lebih praktikal dalam urusan sisa bahan buangan sampah, terutamanya yang membabitkan sisa klinikal dan bahan kitar semula.

“Kaedah ini bukan sahaja berkesan untuk mencegah penyebaran Covid-19 dalam kalangan rakyat, malah dapat memelihara alam flora daripada terus dicemari pelbagai wabak lain,” jelasnya.

内裤反着穿也是新

内裤反着穿也是新

一次的选举,三任的首相。 这不仅在我国是史无前例,相信翻看了世界历史,也可说是几乎无迹可寻.

baca lagi