Siaran Akhbar

Kerajaan perlu bendung pembaziran awam berlebihan

Sep 23, 2024

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, menegaskan bahawa sistem kewangan yang telus dan pengurusan yang teliti adalah langkah utama untuk membendung pembaziran perbelanjaan awam yang berlebihan.

Menurut Dominic, kerajaan perpaduan perlu mengawal dan menyemak dengan ketat keperluan bagi pegawai tinggi kerajaan atau ketua-ketua agensi untuk membuat lawatan kerja ke luar negara.

Beliau berkata, rakyat masih hidup dalam kesusahan, tertekan dengan tekanan kos sara hidup. Oleh itu, pihak kerajaan perlu menjimatkan dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, terutamanya dalam lawatan kerja ke luar negara.

“Ketelusan adalah ubat terbaik bagi mencegah rasuah. Di banyak negara dan wilayah, perbelanjaan penerimaan tetamu awam perlu didedahkan kepada masyarakat. Di Finland, dari Perdana Menteri hingga pegawai biasa, setiap perbelanjaan penerimaan tetamu mesti didedahkan secara terbuka, termasuk siapa yang hadir, makanan apa yang dipesan, dan berapa jumlah kos, semuanya mesti dinyatakan secara terperinci di platform or laman sesawang rasmi kerajaan”

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Dominic berkata, di beberapa negara, sama ada agensi khas atau masyarakat serta media, perbelanjaan awam pegawai sentiasa dipantau dengan ketat. Di Itali, undang-undang jenayah secara langsung menganggap perbelanjaan untuk makan dan hiburan menggunakan wang awam sebagai rasuah, dan sebarang aduan akan disiasat secara jenayah.

“Kerajaan mungkin boleh mencontohi amalan negara Barat. Setiap tahun, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam sering menemui pembaziran wang awam oleh banyak jabatan”

“Keputusan tegas Perdana Menteri Anwar untuk membatalkan penyertaan 68 pegawai kerajaan ke Berlin, Jerman untuk menyertai pameran kecil adalah keputusan yang tepat” ujarnya

Beliau menambah bahawa selain memberi tumpuan kepada pembaziran besar-besaran, kerajaan juga perlu meneliti operasi beberapa agensi kerajaan di bawahnya. Keputusan pentadbiran yang salah dan tidak tepat perlu diperbetulkan kerana semuanya melibatkan wang rakyat.

YB Senator
Datuk Dr
Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional GERAKAN