Siaran Akhbar

Kerajaan perlu ambil serius terhadap isu kekurangan beras tempatan

Sep 26, 2023

Baru-baru ini, isu kekurangan beras putih tempatan telah menjadi isu utama di negara kita. Walaupun masih terdapat beberapa tempat yang masih mempunyai stok beras putih tempatan tetapi ianya habis dijual pada masa yang singkat.

Isu kekurangan beras boleh dicegah beberapa bulan lalu jika Kerajaan Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan proaktif untuk menyelesaikan apabila gejala isu ini timbul semasa BERNAS memberi amaran bahawa Malaysia mungkin menghadapi masalah kekurangan beras sejak Jun tahun ini.

Oleh itu saya mensyorkan beberapa cadangan kepada kerajaan Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan masalah kekurangan beras tempatan dalam jangka masa yang pendek.

1. Memberi subsidi bersasar dalam masa terdekat supaya rakyat tidak terpaksa untuk membeli beras import yang mahal.

Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk melaksanakan subsidi bersasar dalam masa terdekat untuk pembelian beras putih import sehingga bekalan beras putih tempatan pulih seperti sedia kala.

Subsidi bersasar perlu diberikan kepada golongan B40 dan M40. Kaedah pelaksanaan ini boleh rujuk kepada kaedah kerajaan sebelum ini semasa pandemik Covid-19. Kerajaan boleh memberi baucar kepada rakyat melalui wakil rakyat. Daripada itu kita dapat mengurangkan beban rakyat yang terpaksa membeli beras import yang harganya dinaikkan berkali-kali dalam tempoh beberapa bulan.

2. Membantu peruncitan/peniaga dalam kos logistik untuk penyelarasan kekurangan beras tempatan.

Memandangkan gelombang kekurangan beras tempatan telah menjadi seperti wabak di kebanyakan kawasan di negara kita. Saya mencadangkan agar kerajaan mengambil inisiatif berbincang dengan peruncit atau pengeluar beras di negeri yang mempunyai stok beras tempatan yang berlebihan untuk diagihkan ke kawasan-kawasan lain yang menghadapi kekurangan beras tempatan. Kaedah untuk melaksanakan cadangan ini termasuk kerajaan menanggung kos penghantaran atau logistik pengambilan beras tersebut.

3.Tangguhkan semua rancangan untuk mengeksport beras putih

Pada pertengahan tahun ini kerajaan telah menyatakan kesanggupan mereka untuk mengeksport beras putih ke negara luar.

GERAKAN menyarankan agar kerajaan membuat penangguhan sementara bagi sebarang polisi atau rancangan untuk mengeksport beras putih ke negara lain sehingga kadar sara diri makanan Malaysia mencecah 80%. Inisiatif ini akan memastikan bekalan makanan dalam keadaan stabil dan mencukupi di negara kita.

Isu kekurangan beras putih tempatan negara kita sebenarnya mempunyai beberapa punca, antaranya adalah kenaikan harga beras putih import sehingga 36 peratus di seluruh negara susulan penyelarasan harga yang dibuat oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas). Ia menyebabkan pengguna kini lebih cenderung membeli beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit dan sekaligus menyebabkan stok beras putih tempatan berkurangan.

GERAKAN berharap Kerajaan Anwar memandang serius terhadap isu ini dan mempertimbangkan dengan teliti cadangan diatas bagi mengatasi masalah kekurangan beras tempatan di negara kita supaya rakyat tidak terbeban lagi.

Diharapkan isu kekurangan bekalan makanan terutamanya beras ini menjadi agenda utama dalam perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan hari ini. Kajian yang mendalam harus dilaksanakan supaya masalah tahap keterjaminan makanan negara stabil.

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

大年二街后巷艺术街建竣 小贩求回当地营业

(双溪大年6日讯)大年二街后巷“艺术街”(Siar Seni)已启用数月,原在后巷摆摊的华裔小贩,早前获得市议会官员口头答应工程竣工后就能搬回原地摆摊,但至今未接获指示,希望市议员练韦见向市议会反映。

baca lagi
胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

胡栋强声援赵明福组织 抨行动党掌权后遗忘承诺

(槟城6日讯)民政党署理主席胡栋强认为,行动党有义务协助赵明福家人,而不是当了政府之後就以冷态度对待赵家,毕竟,行动党曾多次承诺会协助赵家,包括也承诺将协助赵家与首相安华会面,但到今天都无法兑现,所以才会发生昨日新古毛“找首相”事件。

baca lagi
槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州垃圾源头分类 执法前应加强宣导

槟州民政党公共投诉局主任黄义恩促请槟州政府,在展开垃圾源头分类执法行动之前,应该再加强教育宣导工作,让人民了解垃圾分类可循环的重要性,以及其对垃圾填埋场与环保工作的影响。

baca lagi