Siaran Akhbar

Kerajaan perlu tingkatkan kawalan- KORONAVIRUS

Feb 10, 2020

Rentetan penularan wabak Novel Koronavirus, kerajaan perlu tingkat kawalan keselamatan dan kesihatan demi kesejahteraan rakyat. Malah sekatan- sekatan yang dilakukan pihak berkuasa perlu berterusan terutamanya membabitkan pintu masuk rakyat dari negara asing misalannya seperti Hubei, Zhejiang dan Jiangsu.

Oleh itu, kerajaan Malaysia juga seharusnya mengambil langkah sama seperti China.  Kenakan sekatan pada 80 buah bandar yang terdapat di China. Tetapi malangnya Timbalan Perdana Menteri Negara, Datuk Seri Wan Azizah mengesahkan sekatan diluaskan hanya pada 23 buah bandar utama negara China.

Kenyataan ini dilihat satu langkah yang tidak sepadan dengan tindakan kerajaan China untuk menyekat penularan wabak ini. Oleh itu, kerajaan Malaysia harus pertimbang semula lock-down yang dikenakan.

Sehubungan itu, kerajaan perlu laksana kawalan ketat di beberapa pintu masuk lain seperti Singapura, Sabah dan Langkawi kerana mereka lebih berisiko tinggi terdedah dengan Koronavirus. Kebanyakkan negeri tersebut menerima banyak kunjungan dari pelancong asing dan punya laluan udara dan laut yang mudah berbanding negeri lain.

Biarpun Malaysia merupakan mangsa paling minima dijangkiti wabak ini, ianya perlu dipantau dengan baik kerana ianya sangat mudah tersebar.

Di samping itu, saringan ujian kesihatan yang dilakukan harus lebih praktikal. Keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan latihan ujian IMR untuk diagnos penularan wabak ini di 12 hospital sangat berkesan untuk mencegah ianya terus tular di kalangan rakyat dalam negara.  Usaha ini harus berterusan sehinggalah negara kita disahkan bebas dari wabak tersebut.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mendoakan supaya mangsa yang dijangkit Koronavirus ini cepat pulih dan kembali sihat. Manakala ahli keluarga mangsa terus tabah hadapi ujian ini. Moga semua rakyat dalam negara terus cekal berdepan dengan virus merbahaya ini.